Lebih pro Malaya: Warisan sanggup pinda perlembagaan demi Dr Mahathir sertai Warisan
11:07 Jul 19, 2020  |  By SabahKini2
Lebih pro Malaya: Warisan sanggup pinda perlembagaan demi Dr Mahathir sertai Warisan

Dulu Warisan kononnya bangga sebagai parti lokal. Sekalipun PH ada PKR, DAP dan PAN di Sabah Warisan tetap berkata mereka parti lokal. Kini Warisan sanggup pinda perlembagaan parti demi Dr Mahathir sebagai Ahli dan mungkin Pengerusi Warisan.

SANDAKAN: Parti Warisan Sabah (Warisan) sedia mempertimbangkan untuk mengubah perlembagaan parti bagi memberi ruang kepada Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai parti tersebut.

Pengerusi Tetap, Datuk Liew Vui Keong berkata penyertaan bekas perdana menteri itu dalam Warisan mungkin boleh berlaku.

Namun, katanya, jika itu berlaku, perlembagaan parti tersebut perlu diubah terlebih dahulu.

“Saya rasa kemungkinan itu sememangnya ada, buat setakat ini parti Warisan Sabah hanya tumpu kepada negeri Sabah tetapi perlembagaan boleh ditukar untuk menjadikan Parti Warisan Malaysia.

“Tapi ini memerlukan perubahan kepada perlembagaan parti. Jadi ini dalam proses dan selepas itu kita serahlah kepada sesiapa sahaja sekiranya kita telah menubuhkan Parti Warisan Malaysia untuk bersama-sama dengan kita adalah perjuangan kita.

Shafie balas jasa Dr Mahathir

Sebelum ini, Dr Mahathir adalah pemimpin utama mencalonkan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai perdana menteri itu menolak Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Dr Mahathir bersama lima lagi Ahli Parlimen terlucut hak sebagai Ahli Bersatu selepas menyertai Pakatan Harapan dalam sidang dewan rakyat. Dr Mahathir juga telah mencabar kedudukannya di mahkamah mengesahkan lagi kedudukannya tergugur secara automatik jika membawa parti ke Mahkamah.

Shafie seorang yang taat pada Dr Mahathir akan mempertahankan Dr Mahathir dengan segala cara sesuai  dengan misi Warisan sekarang bekerjasama dengan ‘Malaya’ demi Dr Mahathir.

Sekalipun Dr Mahathir sinonim dengan  'Bapa Projek IC' Malaysia, Warisan terus menyanjungi Dr Mahathir dan mungkin bakal melantiknya sebagai Pengerusi Parti Warisan.

14 Januari 2018 Dato’ Seri Shafie Apdal pernah mengajak rakyat Sabah agar memaafkan Dr Mahathir Mohamad walaupun Dr Mahathir pernah dipersalahkan atas kes Projek IC yang didakwa memberikan kewarganegaraan pada pendatang asing melalui pemberian kad pengenalan.

[ARTIKEL BERKAITAN-Maafkan Dr Mahathir walau dia bersalah kerana projek IC- Shafie Apdal ]

Maafkan Dr Mahathir walau dia bersalah kerana projek IC- Shafie Apdal

11 Comments