Walaupun selepas KP Imigresen mohon maaf bagi pihak pegawainya sehingga sekarang siasatan JIM dan gesaan CUEPACS kekal misteri. Pegawai dilapor bakal dinaik pangkat Jusa C namun dilihat tidak mahu berpindah.
Desas-desus Pengarah Imigresen Sabah Dato' Dr Muhammad Sade yang kontroversi dipindahkan semula ke Putrajaya dinaikkan pangkat ke Gred Utama Jusa C sudah bermain di negeri Sabah.
Sumber berkata sepatutnya khidmat beliau sehingga 21 Julai ini namun dilaporkan Pengarah memohon penangguhan. Pengarah pengganti dikatakan daripada Jabatan Pendaftaran juga telah bersedia namun tertangguh.
April lalu Muhammad Sade kontroversi kenyataan kata-kata kesat penjawat awam “Kamu tidak guna otak” " kamu tidak kenal saya kah" kepada kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia di pintu masuk Lapangan Terbang Kota Kinabalu.
[ARTIKEL BERKAITAN-Dicerca ‘kamu tidak guna otak’ Petugas KKM lapor KP Imigresen sikap biadap Pengarah JIM Sabah]
Insiden biadap pegawai awam itu mendapat respon Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Dato’ Indera Khairul Dzaimee Daud memohon maaf atas kejadian itu selain tekanan CUEPACS agar penjawat awam itu diambil tindakan tegas.
[ARTIKEL BERKAITAN- Herdik Petugas KKM, Ketua Pengarah Imigresen mohon maaf sikap Pengarah JIM Sabah ]
[ARTIKEL BERKAITAN- Siasat Pengarah JIM dakwaan herdik petugas KKM – CUEPACS]
Jun lalu Datuk Seri Hamzah Zainudin Menteri KDN dalam lawatannya ke Sabah ketika dalam satu makan malam bersama semua pegawai KDN menegur sikap pegawai kerajaan termasuk sikap Pengarah Imigresen yang tular tidak seharusnya berlaku.
Bagaimanapun sejak insiden herdik itu hingga berakhirnya tempoh esok 21 Julai Muhammad Sade masih kelihatan di Jabatan Imigresen Sabah.
Hasil laporan siasatan tindakan tatatertib Jabatan Imigresen yang diminta oleh CUEPACS juga tidak pernah didedahkan.
Netizen Sabah mahu Pengarah Imigresen dilantik pro Warisan pilihan Azis Jamman dan Shafie Apdal ini dipindahkan kembali ke Putrajaya atau ke jabatan lain.
Kata Netizen pengarah yang 'takut bini' dan punya isteri campurtangan urusan jabatan kerajaan tidak sesuai sebagai Pengarah di Jabatan kerajaan yang sibuk seperti Jabatan Imigresen Sabah.
Pengarah dilantik syor Azis Jamman demi PSS sebelum ini