Bukan saja Rolls Royce Ferrari dan koleksi mewah milik Aliff Syukri juga tipu cukai LKM?
14:01 Jan 01, 2018  |  By SabahKini2
Bukan saja Rolls Royce Ferrari dan koleksi mewah milik Aliff Syukri juga tipu cukai LKM?

Rolls Royce Ghost disita JPJ kerana penipuan cukai LKM. Apakah kenderaan mewah lain seperti Mercedes, Audi,Panamera, Ferrari,Vellfie, Bentley dan lain-lain lagi juga menipu LKM?

KUALA LUMPUR: Gara-gara kereta mewah Rolls Royce Ghost milik pengasas D'Herbs, terlajak laris Datuk Aliff Syukri disita dalam Ops Patuh oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur di Jalan Bangsar malam tadi kerana penipuan cukai LKM dan kereta dipandu warga asing tanpa lesen netizen memohon pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kastam dan JPJ menyiasat kenderaan mewah lain milik Datuk Aliff Syukri

Tinjauan Sabahkini2 dalam media sosial selepas penyitaan kereta mewah Aliff Syukri itu 90% mengecam jutawan terlajak laris itu dan tergamak menipu membayar cukai kepada kerajaan. Kebencian netizen ada kaitan dengan sikap sombong serta riaknya dalam media sosial.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman mengesahkan kesalahan Datuk Aliff dikategorikan sebagai penipuan lokasi pengisytiharan penggunaan LKM dan ia melanggar Seksyen 23 Akta Pengangkutan Jalan 1987 malah nombor plat kenderaan PMD1 miliknya tidak mengikut spesifikasi ditetapkan

Pemeriksaan mendapati kenderaan itu menggunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan Sarawak sedangkan kenderaan terbabit digunakan di Semenanjung.

Semakan di intagram ss_luxurycarental mendapati Datuk Aliff menyewakan kenderaan mewahnya dan mengiklankan semua kenderaan mewah miliknya seperti Mercedes, Audi,Panamera, Ferrari,Vellfie, Bentley dan lain-lain lagi dengan menghubungi penama abang Joe ditalian 01114388886.

LHDN, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Kastam wajar menyiasat jika semua kenderaan milik Datuk terlajak laris itu lari atau menipu cukai. Kenderaan mewah berharga jutaan ringgit itu jika menipu lokasi penggunaan LKM akan menyebabkan kerugian kepada kerajaan.

Sumber mendedahkan kenderaan mewah diurus agen sama mendaftarkan cukai LKM Rolls Royce di Sarawak turut dilakukan kepada kenderaan mewah Datuk Aliff yang lain bagi mengurangkan pembayaran cukai LKM kepada kerajaan.

Trend orang kaya tidak membayar cukai LKM sebenar sehingga mengupah sindiket untuk mengisytiharkan kenderaan mewah di Sabah, Sarawak dan Langkawi memang berleluasa kini

Jika di Semenanjung, LKM kenderaan itu jumlah cukainya lebih RM20,000, namun cukai LKM untuk kenderaan terbabit di Sarawak hanya RM5,873. Ini jelas merampas hak rakyat yang sepatutnya mendapat manfaat cukai LKM bukan kepada golongan kaya yang sentiasa menunjukkan kekayaan dalam media sosial.

Tindakan JPJ wajar dipuji kerana bertindak tanpa memilih bulu walaupun terhadap jutawan di negara in.

 

6 Comments