(VIDEO) Dua Wanita Conteng Mural Agong, Pemimpin Negara diburu!
11:07 Jul 20, 2020  |  By SabahKini2
(VIDEO) Dua Wanita Conteng Mural Agong, Pemimpin Negara diburu!

Akhirnya dua dalang wanita menconteng mural Agong dan pemimpin negara telah dikesan. Siapakah mereka? pasti gambar lebih jelas bakal diketahui.

MURAL gergasi pemimpin negara termasuk potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 dekat Shah Alam, diconteng dengan kata-kata kesat.

Wajah pada mural yang turut memaparkan gambar Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu turut disembur dengan cat merah.

Mural berkenaan dilukis oleh Muhammad Suhaimi Ali, 27; Abdul Hadi Ramli, 27 serta Muhamad Firdaus Nordin, 26 pada awal bulan ini.

Netizen meluahkan rasa marah terhadap pelaku vandalisme itu dan mahu tindakan tegas diambil.

Polis juga mengesahkan menerima laporan dan menyiasat kes berkenaan.

Dua wanita dalang dikesan

Bagaimanapun tidak lama selepas itu, tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan dua wanita tidak bertanggungjawab menconteng lukisan tersebut terdedah.

Youtube Shahrul Nizam turut memaparkan rakaman CCTV dua wanita menconteng mural itu.

Twitter Amirul Fazreq memaparkan kelihatan dua orang individu yang disyaki wanita sedang menconteng mural berkenaan.

Suspek memberhentikan kereta di bahu jalan berhampiran sebelum berjalan ke arah mural Yang di-Pertuan Agong dan pemimpin negara.

Mereka dilihat menconteng mural berkenaan menggunakan spray selama lebih kurang 2 minit.

8 Comments