Gagal bangun Labuan, Projek Jambatan dibatal PH: MP Labuan syor kembalikan Labuan kepada Sabah
07:07 Jul 22, 2020  |  By SabahKini2
Gagal bangun Labuan, Projek Jambatan dibatal PH: MP Labuan syor kembalikan Labuan kepada Sabah

Selepas gagal membangunkan Labuan, Ahli Parlimen Labuan, Rozman Isli meminta kerajaan persekutuan supaya mengembalikan Wilayah Persekutuan Labuan kepada Sabah. Di Zaman PH lompat ke Warisan dan projek jambatan batal

 

Selepas gagal membangunkan Labuan, Ahli Parlimen Labuan, Rozman Isli meminta kerajaan persekutuan supaya mengembalikan Wilayah Persekutuan Labuan kepada Sabah jika tidak dapat membangunkannya.

Katanya Sabah mempunyai keupayaan dan kewangan yang cukup besar untuk membentuk wilayah itu.

“Perlu untuk kita dengar dari kerajaan persekutuan sanggupkah melaksanakan tanggungjawab atau komitmen yang perlu dibuat apabila setuju mengambil Labuan dan dibangunkan seperti yang saya katakan tadi.

“Kalau tak setuju, it’s obvious (cukup jelas). Pulangkan hak-hak dan wang-wang yang perlu diterima kerajaan negeri Sabah.

Bagaimanapun ketika PH berkuasa 22 bulan, Ahli Parlimen Labuan yang melompat ke Warisan ini tidak pernah menyuarakan pengembalian Labuan kepada Sabah. 

Ironis BN bangunkan Labuan, PH ketika berkuasa batalkan projek Jambatan Labuan- Sabah

Najib Razak dalam hantar facebooknya menyindir pendirian Ahli Parlimen Warisan itu.

Katanya beliau bersetuju dengan  Ahli Parlimen Labuan bahawa Labuan patut dikembalikan kepada Sabah sekiranya kerajaan Persekutuan tidak dapat membangunnya namun mencadangkan Ahli Parlimen itu mengembalikan kerusi Labuan kepada BN.

“ ..Saya rasa lebih elok jika Ahli Parlimen Labuan kembalikan kerusi parlimen Labuan kepada BN.

“Dia menang atas tiket BN tapi dia lompat ke Warisan selepas PRU14.

Selepas lompat ke PH pun, kerajaan PH masih gagal membangun Labuan”. Kata Najib

Najib menjelaskan isu projek Jambatan Labuan yang amat diperlukan untuk membangun Sabah telah dibatalkan kerajaan pusat PH.

Dengar dan tonton sendiri [VIDEO] di atas alasan rasmi dari Menteri HARAPAN Coin yang juga memetik Menteri Kewayangan PH kenapa projek Jambatan Labuan telah dibatalkan.

ALASAN 1: Kos kajian sebanyak RM14 juta terlalu tinggi dan tak munasabah.

Tetapi kedua-dua menteri itu tak sebut pun kenapa kos kajian RM305 juta untuk projek terowong ajaib Pulau Pinang kesayangan Menteri Kewayangan dianggap sebagai tak tinggi dan adalah munasabah.

Mungkin akauntan tak bertauliah percaya RM14 juta adalah jauh lebih tinggi berbanding RM305 juta?

Tukang sampaikan mesej Menteri HARAPAN Coin pun bersetuju tanpa sebarang bantahan walaupun dia faham ini alasan tak masuk akal dan amat hipokrit.

ALASAN 2: Bimbang apabila bina jambatan Labuan, ramai orang miskin Sabah akan menyusup masuk ke Labuan untuk buat kacau.

Jambatan Labuan ini antara projek yang kerajaan BN mahu mulakan apabila saya mengumumkan Rangka Tindakan Pembangunan Labuan 2030 pada awal tahun 2018.

Tetapi telah dibatalkan oleh kerajaan PH selepas PRU14.

Bajet untuk kajian juga ditarik balik kerana kononnya "terlalu tinggi dan tak munasabah".

Kegagalan bersama Ahli Parlimen yang lompat ke Warisan/PH dengan kerajaan pusat PH untuk membangunkan Labuan tidak bermakna Ahli Parlimen PN dan kerajaan PN juga akan turut gagal membangunkan Labuan.

Sebab itu, serah kembali kerusi parlimen Labuan itu kepada BN dan biarlah kerajaan pusat PN cuba membangunkan Labuan.

Serah balik supaya kita boleh try.

 

 

 

 

 

5 Comments