(VIDEO) Saya pilih Shafie kerana dia tidak anggap dirinya 100% orang Sabah kata Tun M
02:07 Jul 27, 2020  |  By SabahKini2
(VIDEO) Saya pilih Shafie kerana dia tidak anggap dirinya 100% orang Sabah kata Tun M

Menurut Tun M dia pilih Shafie kerana Shafie bukan 'Sabahan Tulen'. Dia kahwin orang semenanjung, anak-anak juga orang semenanjung. Apakah ini yang dimaksudkan Warisan jangan ikut 'Malaya' ?

Jun lalu Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri. Beliau turut menyeru akar umni Bersatu ‘blackout’ menyokongnya.

Perkara itu disampaikan oleh mantan Perdana Menteri tersebut menerusi satu klip video tular di internet ketika itu.

"Saya yang menamakan Shafie (untuk menggantikan saya sebagai calon), tetapi bukan saya sahaja. Yang lain juga memberikan nama beliau.

"Jika anda tidak beri Shafie menang, itu seperti tidak mahu saya menang.

Menurut Tun Dr Mahathir juga cadangan Shafie PM 9 itu juga disokong oleh DAP dan Parti PAN sekalipun selepas itu dinafikan semula.

Terbaru dalam satu wawancara portal Malaysian Insight mendedahkan Tun Dr Mahathir mencadangkan Shafie Apdal sebagai PM kerana dia bukan sepenuhnya orang Sabah. Dalam erti kata lain bukan ‘Sabahan Tulen’

"Shafie bukan sepenuhnya orang Sabah. Dia berkahwin dengan orang Melayu dari Kedah. Anaknya pun kahwin orang Semananjung.Dia tidak pernah anggap dirinya sebagai 100% orang Sabah."

 

24 Comments