Shafie mohon TYT bubar DUN Sabah
15:07 Jul 30, 2020  |  By SabahKini2
Shafie mohon TYT bubar DUN Sabah

Jun lalu Shafie kata tak perlu bubar sebab beliau punya jumlah kerusi yang lebih dari cukup. Hari ini Shafie terpaksa bubarkan DUN kerana tidak mahu lagi bergelar pembangkang.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, hari ini memaklumkan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin memperkenankan permohonannya untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Beliau berkata, sehubungan itu, pilihan raya negeri akan diadakan dalam tempoh 60 hari.

Mohd Shafie membuat pengumuman berkenaan pada sidang media khas di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di sini.

“Rakyat Sabah yang menentukan kerajaan Sabah,” katanya.

Akhirnya bubarkan selepas kalah ‘game’

Jun lalu Shafie menyanggah rakan DAP Jimmy Wong untuk mengadakan pilihan raya mengejut di Sabah kerana kerajaan negeri sedia ada mempunyai jumlah kerusi mencukupi untuk mentadbir.

Terdahulu, Mohd Shafie mengadap Tun Juhar di Istana Negeri di sini dan kenderaan yang membawa ketua menteri itu dilihat memasuki perkarangan istana pada jam 8.25 pagi.

 

32 Comments