NGO G57 Lapor SPRM TYT Sabah terima rasuah Shafie Apdal bubar DUN
08:08 Aug 06, 2020  |  By SabahKini2
NGO G57 Lapor SPRM TYT Sabah terima rasuah Shafie Apdal bubar DUN

Zulkarnain Mahdar mendakwa Yang Dipertua Sabah, Tun Juhar Mahiruddin menerima sejumlah imbuhan daripada Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk membubarkan DUN. Benarkah?

Akhirnya TYT Yang Dipertua Negeri Sabah dilaporkan salah guna kuasa dan rasuah oleh NGO Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia @ G57 kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 30 Julai lalu.

Pengerusinya, Datuk Zulkarnain Mahdar mendakwa Yang Dipertua Sabah, Tun Juhar Mahiruddin menerima sejumlah imbuhan daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk membubarkan DUN.

Malah Shafie juga didakwa memberi nasihat dan pertimbangan yang salah kepada Tun Juhar sehingga memaksakan Pilihan Raya Negeri (PRN) terpaksa diadakan, sementelah dirinya telah kehilangan sokongan majoriti.

Untuk rekod, G57 juga pernah melaporkan salah guna kuasa Tun Juhar kepada SPRM pada 1 Disember 2018.

“Tun Juhar secara jelas telah bertindak secara salah dengan membubarkan DUN Sabah pada 30 Julai 2020 selepas menerima surat permohonan pembubaran dewan pada 29 Julai oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal walaupun beliau mengetahui Mohd Shafie telah kehilangan majoriti di dalam DUN Sabah.

“Ini kerana belasan (13) orang wakil rakyat Warisan, UPKO, PKR dan DAP telah mengisytiharkan keluar daripada parti,” katanya ketika ditemui pemberita di pintu utama Ibu Pejabat SPRM, di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN- ADUN Warisan, PKR, UPKO, DAP tumbangkan Shafie Apdal mengapa salahkan PN, UMNO-BN? ]

Malah Zulkarnain percaya tindakan pembubaran DUN Sabah adalah sebagai ‘membalas jasa’ Shafie yang telah melanjutkan tempoh perkhidmatan Tun Juhar sebagai TYT.

“Sebelum ini Tun Juhar pernah membantu memujuk wakil rakyat Barisan Nasional (BN) untuk melompat keluar parti pada Mei 2018, bagi menyokong Shafie menjadi Ketua Menteri Sabah.

“Imbuhan yang diberikan ke atas Tun Juhar ialah Shafie telah membantu menggubal undang-undang untuk tidak lagi menghadkan tempoh jawatan Tuan Yang Terutama (TYT) yang sebelum ini dua penggal sahaja,” katanya.

Lebih kesal, ujar Zulkarnain, Tun Juhar secara jelas melanggar prinsip demokrasi apabila menghalang rombongan bekas ketua menteri, Tan Sri Musa Aman dan sekumpulan wakil rakyat yang menyokongnya di Istana Negeri, baru-baru ini.

Media sebelum ini melaporkan konvoi yang membawa Musa dan 33 ADUN Sabah pada Khamis lalu untuk menghadap Tun Juhar dihalang selepas polis menutup laluan kes istana di Bulatan Nanas, Kota Kinabalu.

“Ini tidak pernah berlaku di seluruh Malaysia dan ini amat memalukan, tapi yang peliknya dia boleh membenarkan Mohd Shafie untuk berjumpa dengan dia,” soal Zulkarnain.

Untuk rekod, kemelut politik Sabah yang menyaksikan Musa didakwa mendapat sokongan majoriti dan boleh membentuk kerajaan baru ‘terhenti’ selepas Shafie menunjukkan surta perakuan pembubaran DUN Sabah yang telah ditandatangani oleh Tun Juhar.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilaporkan akan bermesyuarat dalam tempoh terdekat untuk mengumumkan tarikh PRN Sabah.

Netizen melihat tindakan TYT yang nampak sangat ‘bias’ kepada Warisan sejak Mei 2018 telah mencacatkan institusi tertinggi di negeri Sabah itu.

Rosalam seorang pengguna facebook berkata ‘setidaknya tunjukkanlah keadilan sedikit untuk menangani masalah sebagaimana Yang Dipertuan Agong memanggil semua Ahli Parlimen. Paling  buruk istana bersekongkol menghalang pihak yang berjumpa TYT. Ia memberi persepsi buruk kepada institusi itu.

58 Comments