SPRM digesa buka semula skandal terlebih bayar MARA Inc libatkan Shafie Apdal dan kroni
05:08 Aug 08, 2020  |  By SabahKini2
SPRM digesa buka semula skandal terlebih bayar MARA Inc libatkan Shafie Apdal dan kroni

Sekalipun pada tahun 2016 SPRM menahan Datuk Mohammad Lan Allani Kroni Shafie Apdal dan beberapa individu skandal Mara Inc namun kes ini senyap hingga sekarang. Sepatutnya Shafie dan Mohammad Lan didakwa sekarang!

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengalu-alukan gesaan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat semula isu berkaitan pembelian aset Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Australia pada 2012.

“Ahli Parlimen Johor Bahru (PKR) dan ahli Parlimen Seputeh (DAP) telah membuat gesaan terbuka supaya SPRM mengambil tindakan segera, berikutan mahkamah Australia di Melbourne telah mendakwa beberapa individu tertentu (rakyat Malaysia) berkaitan tuduhan rasuah dalam pembelian bangunan di Melbourne oleh anak syarikat Mara Incorporated Sdn Bhd pada tahun 2012 dan 2013.

“Saya menyokong gesaan kedua-dua Yang Berhormat tersebut dan berharap pihak SPRM dapat bertindak segera ‘without fear or favour’ dan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

‘without fear or favour’. Tan Sri Annuar menggesa buka kes Mara Inc

“Saya percaya beberapa perkara yang telah berbangkit di mahkamah Australia berkenaan kes ini, turut melibatkan “Maklumat Baru” yang sememangnya menuntut dan membolehkan SPRM membuka semula penyiasatan mereka yang terdahulu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Pembelian aset-aset tersebut telah berlaku antara tahun 2012 hingga Mac 2013 iaitu sebelum saya dilantik sebagai Pengerusi Mara,” katanya.

Pembelian aset berkenaan pada waktu itu diluluskan oleh Datuk Seri Shafie Apdal, yang kini adalah Presiden Warisan dan Ketua Menteri Sabah.

“Waktu itu Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Mara adalah Datuk Dr Yusof Yaakob (kini Menteri Negeri Sabah), Pengerusi Mara Inc pula adalah Dato Lan Alani dari Semporna Sabah.


Datuk Dr Yusof Yaakob Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Mara 

“Sementara Menteri yang menjaga MARA dan yang turut  meluluskan pembelian adalah Dato Seri Shafie Afdhal (kini Ketua Menteri Sabah).

Kes MARA Inc terbongkar!

Pada Jun tahun 2015 Malaysia kecoh dengan isu MARA Inc tahun 2013 dilaporkan membeli Dudley International House di Melbourne, Australia dengan harga $22.5 juta dolar (RM65 juta).

Sayap pelaburan mara terbabit dengan kontroversi berikutan pendedahan akhbar Australia, The Age, yang mendakwa ia membelanjakan jutaan ringgit untuk membeli sebuah blok pangsapuri lima tingkat, Dudley International House, di Melbourne dengan harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran.

Akhbar itu mendakwa 'sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya' telah terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok pangsapuri di bandarraya itu pada 2013, daripada A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM65.3 juta), dengan wang perbezaan itu dijadikan sebagai rasuah di tanah air. Dudley International House merupakan asrama pelajar yang dibeli Mara, iaitu agensi yang menyediakan biasiswa bagi pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran diluar negara.

Ketika isu ini berlaku Menterinya Dato' Seri Shafie Apdal lebih banyak berdiam diri dan menjadikan Pengerusi Mara Tan Sri Annuar Musa paling ke depan menjawab isu itu. 28 Julai 2015 Shafie Apdal digugurkan sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Shafie sebelum ini lebih sibuk memerangi IMDB dari menjawab isu kementeriannya.

Menurut Annuar Musa projek ini dibawa dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi untuk kelulusan, sebelum itu Ahli Lembaga MARA dan kemudian diluluskan oleh Menteri yang bertanggung terhadap MARA. Ia selaras dengan Akta Kontrak 1949 ( Pindaan 1973) memberi kuasa kepada Menteri-menteri berkenaan bagi kementerian menandatangani kontrak dan juga memberi kuasa kepada Menteri-menteri berkenaan menurunkan kuasa kepada Pegawai Kerajaan seperti Ketua Pengarah MARA.

Pada 26 Jun 2015, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa menyerahkan beberapa dokumen berkaitan pembelian hartanah di Melbourne, Australia kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengawai MARA Inc Kroni Shafie Apdal

Siapakah pegawai yang terlibat yang dinamakan dalam Kes Skandal Dudley Mara ini? Siasatan mendapati bahawa terdapat dua orang pegawai tertinggi MARA yang terlibat iaitu Pengerusi Mara Inc Datuk Mohammad Lan bin Allani mantan ADUN Sulabayan (Parlimen Semporna) dan Ketua Eksekutif Mara Inc Datuk Halim bin Rahman.

Dilaporkan selain Skandal Dudley, MARA Inc juga dikatakan telah mengadakan pembelian tiga lagi hartanah di Australia iaitu 746 Swanston Street, 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street. Bagaimanapun kes Dudley kelihatannya mengena! Anda boleh melihat sendiri syarikat-syarikat yang diwujudkan atas nama Datuk Mohamad Lan Alani. Dato Seri Shafie memang percayakan Datuk Lan Alani. Sebab tulah Datuk Lan ni kaya raya!


Ada banyak lagi dokumen pembelian aset Mara Inc seperti ini atas nama Datuk Muhammad Lan Allani

 Datuk Mohammad Lan bin Allani Kroni Shafie Apdal

28 Jun 2015, LEMBAGA Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) membuat kenyataan media mempunyai keyakinan tinggi yang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan berhubung isu pembelian hartanah oleh MARA Incorporated Sdn Bhd di Australia dengan bebas, telus dan profesional.

Pada 27 Jun 2015 Datuk Seri Shukri Abdull, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM menafikan kritikan pelbagai pihak SPRM cuba "cover up" kes ini dari disiasat.

23 Mac 2016, SPRM menahan Datuk Mohammad Lan bin Allani, Ketua Eksekutif Mara Inc Datuk Halim bin Rahman dan beberapa individu yang terlibat untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

30 Mac 2016, 3 dari mereka yang dituduh dibebaskan dengan jaminan SPRM termasuk Datuk Mohamad Lan Allani dan CEO Syarikat. Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman masing-masing diikat jamin RM10,000. Bagaimanapun pertuduhan ini kes ini terus senyap hingga sekarang. Apa jadi?


Apa status kes ini sekarang?

Datuk Mohammad Lan Alani selaku orang kuat Shafie Apdal (Mantan Bendahari Semporna) yang terlibat dalam urusan jual beli bangunan di Australia tentu lebih tahu. Bagaimana nama beliau digunakan dalam setiap urusan pembelian. Shafie Apdal sebagai menteri mempunyai kuasa meluluskan apa sahaja projek kementerian atas kuasa Akta Kontrak 1949. Datuk Lan Alani, CEO dan KP Mara hanya mengikut arahan Menteri. Minit-minit menteri mengarahkan jual beli pasti ada dan telah diserah pada SPRM.

Jadi apa lagi kerajaan hendak tunggu? Siasatan fail kes ini pastinya sudah lengkap. Jika sekalipun syarikat yang terlibat pernah dikaitkan dengan Khairul Azwan Harun (Wan Bro) Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO dan Jamawi Jaafar (Bekas Pegawai Khas Shafie) tidak menjadi kesalahan jika ia didedahkan. Jika mereka salah mereka wajar dibawa ke muka pengadilan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Mara ketika itu adalah Datuk Dr Yusof Yaakob yang kini Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah. Mana mungkin beliau tak tahu siapa terlibat. Jika boleh tangkap beliau sekali.

Shafie Apdal selaku bekas Menteri KKLW pastinya terlibat. SPRM sepatutnya mendakwa segera sebagaimana SPRM membuka kes KKLW RM1.5 bilion itu.

Jika kes Rasuah Terowong dan rumah bangko murah boleh didakwa mengapa pula Shafie Apdal tidak boleh didakwa segera!

 

 

8 Comments