Warisan akan terus 'bertuankan' Dr Mahathir
05:08 Aug 09, 2020  |  By SabahKini2
Warisan akan terus 'bertuankan' Dr Mahathir

Kesetiaan Warisan dan Shafie Apdal kepada Dr Mahathir tidak boleh dipertikaikan. Julai lalu Warisan sanggup menerima Dr Mahathir menyertai Warisan. Kini Dr Mahathir menubuh parti baharu

TAWAU - Parti Warisan Sabah (Warisan) sedia bekerjasama dengan parti baharu yang diumumkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kerjasama itu boleh dicapai sekiranya agenda parti baharu itu selari dengan perjuangan parti mengenai rakyat dan Sabah.

"Asalkan landasan perjuangan sesebuah politik itu selaras dengan apa yang kita lihat dalam penentuan hak-hak di Sabah, kepentingan rakyat serta dasar-dasar yang kita perjuangkan," katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan penyerahan lot penempatan mangsa kebakaran Kampung Tanjung Batu Otentik serta penyerahan geran tanah di daerah Tawau dan daerah Kalabakan di sini, hari ini.

Ketua Menteri Sabah itu berkata demikian semasa mengulas pengumuman Tun Mahathir semalam mengenai penubuhan parti baharu yang tidak terikat atau menyokong mana-mana gabungan parti sama ada Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN).

Kesetiaan Warisan dan Shafie Apdal kepada Dr Mahathir tidak boleh dipertikaikan. Julai lalu Pengerusi Tetap Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Liew Vui Keong mengumumkan bersedia mempertimbangkan mengubah perlembagaan parti bagi memberi ruang kepada Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai parti tersebut.

[ARTIKEL BERKAITAN- Lebih pro Malaya: Warisan sanggup pinda perlembagaan demi Dr Mahathir sertai Warisan ]

22 bulan Tun Dr Mahathir sebagai PM, PH nampaknya gagal menunaikan manifestonya memberi apa Sabah mahu termasuk agenda MA63. Tun Dr Mahathir dilihat lebih menggunakan Shafie daripada memenuhi janjinya.

  

9 Comments