Propaganda Pelabuhan Hambantota Sri Lanka disamakan ECRL?
21:01 Jan 01, 2018  |  By SabahKini2
 Propaganda Pelabuhan Hambantota Sri Lanka disamakan ECRL?

Pelabuhan itu dipajakkan selama 99 tahun kepada China - bukannya suatu pindah milik tetap, sama seperti Mahathir memajakkan tanah seluas 54,000 ekar di Johor kepada Singapura untuk tempoh selama 72 tahun 1990.

PELABUHAN HAMBANTOTA, SRI LANKA

Akhir-akhir ini kita dapati bahawa pihak pembangkang giat menyebarkan satu propaganda yang cuba memperguna isu tindakan kerajaan Sri Lanka yang memajakkan pelabuhan Hambantota kepada sebuah syarikat dari China sebagai langkah untuk mengurangkan beban hutang mereka dengan China. Tindakan Sri Lanka itu diumpamakan oleh pembangkang sebagai telah menggadaikan kedaulatan Sri Lanka kepada China. Kerana kononnya kapal-kapal perang China akan bebas melayari perairan sekitar pelabuhan tersebut.


Justeru, Pakatan kini cuba menyamakan projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) dengan tindakan pemajakan pelabuhan Hambantota oleh Sri Lanka itu, seterusnya menggambarkan bahawa kedaulatan Malaysia akan tergadai kerana ia turut dibiaya melalui skim pinjaman mudah daripada China.


Antara  video propaganda yang disebar mengenai Sri Lanka dengan China


Perbandingan sedemikian mungkin kedengaran menakutkan bagi mereka yang tidak mengetahui hal sebenar tetapi apabila anda mengetahui perbezaannya dan memahami duduk perkara sebenar, pasti anda akan tertawa pada propaganda tersebut.

Pertama sekali, kapal perang China tidak mungkin akan berlayar di atas landasan ECRL dan oleh kerana 'keretapi perang' itu belum pernah wujud, maka tiada apa yang perlu dirisaukan.

Tambahan pula, apa yang tidak disebutkan oleh penyokong Mahathir ialah, pelabuhan itu hanya dipajakkan selama 99 tahun kepada China - bukannya suatu pindah milik tetap. Ini tidak jauh berbeza dengan tindakan Mahathir yang telah memajakkan tanah seluas 54,000 ekar di Johor kepada Singapura untuk tempoh selama 72 tahun melalui satu perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1990.

Namun, tak ada pula yang tuduh Mahathir "menjual negara" ketika itu.

Yang kedua, pelabuhan Hambantota itu sendiri adalah sebuah projek gajah putih gergasi dan merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan Sri Lanka yang gagal dalam membangun sebuah bandaraya baru bernama Hambantonta City di rantau Hambantota yang terletak 240 km dari Colombo itu.

Menurut Kerajaan Sri Lanka, Bandar itu didiami oleh seramai 11,200 orang pada tahun 2001. Anggaran terkini penduduk di situ ialah paling ramai pun 50,000 orang. Sedangkan Kepong sahaja sudah mempunyai penduduk yang lebih ramai daripada itu.

Anda boleh rujuk Peta Google yang terkini untuk melihat betapa kecilnya kawasan Hambantota yang dimaksudkan.

Selain pelabuhan, kerajaan Sri Lanka juga telah membina Lapangan Terbang Antarabangsa Mattala di kawasan yang sama dan kini digelar sebagai lapangan terbang yang paling 'kosong' di dunia.
https://www.cnbc.com/2017/12/13/india-and-china-rivals-compete-for-control-of-empty-sri-lanka-airport.html

Itulah sebabnya saban tahun pelabuhan itu bertungkus-lumus cuba menarik kapal-kapal yang melaluinya supaya singgah, sekaligus menjadikannya sebagai satu kerja yang telah mendatangkan kerugian besar setiap tahun.

Kerajaan Sri Lanka berdepan dengan cabaran yang cukup besar jika ingin menjadikannya sebuah pelabuhan yang berjaya.

Bandingkan ini dengan ECRL yang akan menyediakan perkhidmatan pengangkutan dan penumpang yang sangat diperlukan oleh negeri-negeri di pantai timur Malaysia yang mempunyai jutaan penduduk.

Di samping itu, kerajaan Sri Lanka telah terperangkap dengan hutang, yang mana nisbah hutang kepada KDNK mereka (debt to GDP ratio) adalah setinggi 86.9%, berbanding Malaysia yang kekal terkawal pada kadar 50.7%.

Namun, apa yang menjadikan ia berlipat kali ganda lebih teruk berbanding Malaysia adalah 43% daripada hutang mereka (Sri Lanka) datangnya dari luar negara, didenominasikan dalam matawang asing, berbanding hanya 2.5% untuk Malaysia (selebihnya semua dalam denominasi Ringgit Malaysia yang tidak dipengaruhi turun naik kadar pertukaran asing).

Memandangkan 97.5% hutang kerajaan Malaysia adalah dalam denominasi Ringgit, yang dikawal oleh kita sendiri, maka kita tidak akan menghadapi masalah yang sama seperti Sri Lanka.

Rizab antarabangsa Sri Lanka juga adalah jauh lebih rendah dengan jumlah USD5.12 bilion pada Mac 2017 berbanding Rizab antarabangsa Malaysia yang berjumlah USD102.2 bilion.

Bukan itu sahaja, Sri Lanka juga mengalami defisit dalam kedua-dua Imbangan Perdagangan dan Imbangan Akaun Semasanya, berbanding dengan lebihan yang Malaysia nikmati - dan ini jugalah antara punca utama Sri Lanka menghadapi masalah dalam meningkatkan rizab antarabangsa mereka.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kos projek ECRL yang sebanyak RM55 bilion itu tidak semestinya tinggi jika dilihat dari aspek bahawa ia akan dibayar secara ansuran selama 20 tahun, dan jika anda mengambil kira saiz ekonomi Malaysia yang sebesar RM1.3 trilion sekarang.

Malah, Petronas sahaja mempunyai baki tunai sebanyak RM129 bilion hari ini, manakala KWSP mempunyai RM780 bilion - yang secara langsungnya membawa makna, Malaysia sebenarnya mampu (malah lebih dari mampu) untuk membiayai projek ECRL tanpa bantuan asing sekiranya kita mahu.

Justeru, adalah kurang sesuai jika kita ingin membandingkan antara keadaan Sri Lanka dengan pelabuhan Hambantotanya dengan projek ECRL kita di Malaysia.

Usah biarkan diri anda terus memerus dikelirukan oleh pihak pembangkang.

Eric See-To.

Comment