‘Kluster Terowong’ Guan Eng: Dr Noor Hisham tutup mulut tegur pemimpin, penyokong DAP
00:08 Aug 10, 2020  |  By SabahKini2
‘Kluster Terowong’ Guan Eng: Dr Noor Hisham tutup mulut tegur pemimpin, penyokong DAP

"Sudah terang lagi bersuluh" Dr Noor Hisham KP KKM ni kalau penyokong Najib sedap dia cipta persepsi. Kalau penyokong Guan Eng DAP dah 3 hari KP KKM kelihatan 'Hilang Telur' menegur DAP. Pegawai khas jaga Twitter pun tergamam nak jawab apa.

Sudah 3 hari berlalu pendakwaan kes Lim Guan Eng Setiausaha Agung DAP nampaknya tiada teguran dalam laman sosial facebook, Twitter, Instagram Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang sebelum ini mendapat publisiti meluas melahirkan kekecewaannya melihat perhimpunan penyokong Najib di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur 28 Julai lalu.

Sebelum ini ciapannya di Twitter, Dr Noor Hisham berkata, setiap hari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingat orang ramai supaya patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Sudah terang lagi bersuluh, setiap hari KKM ingatkan penjarakkan sosial satu meter, memakai pelitup muka dan cuci tangan dengan sabun.

"Sedih bila melihat keadaan begini yang tiada kawalan kendiri," katanya.

14 Hari semakin berlalu nampaknya tiada kluster himpunan Najib.

Yang membimbangkan kini ialah ‘Kluster Terowong’ bakal berlaku apabila pendakwaan kes Lim Guan Eng akan dilakukan lagi pada 10 dan 11 Ogos ini. Sekalipun DAP menyeru pengikutnya tidak perlu hadir kes Lim Guan Eng sudah tentu ia tidak endahkan.


Dr Noor Hisham bersikap memilih dan populis

Mengapa agaknya Dr Noor Hisham berdiam diri? Apakah beliau memilih orang untuk ditegur? Atau sengaja memilih elemen populis politik bersesuaian agar penyokong DAP tidak menyerangnya?Sekali sekala Dr Noor Hisham cuba cuit pemimpin dan penyokong DAP.

Sebagai Ketua Pengarah yang mengaku serba pandai dan popular sepatutnya menegur pemimpin DAP juga. Paling tidak dalam ciapannya sekali lagi "Sudah terang lagi bersuluh". Sikap berdiam diri dan memilih hanya mencerminkan sikap Ketua Pengarah sebenar cenderung kepada satu pihak.

Kepada Admin Twitter dan Facebook yang juga Pegawai Khas KP kepada  Dr Noor Hisham, kerja hakikinya seorang doktor tetapi kini hanya menjaga laman sosial Ketua Pengarah tu sesekali ubah sikit gaya persembahan Ketua Pengarah agar tidak kelihatan 'bias'. 

Jangan nanti dari kluster Sivagangga berjangkit dengan penyokong Guan Eng baru sibuk nak komen dan menasihati orang ramai.

5 Comments