Terbukti Kerajaan Warisan cipta rekod junamkan ekonomi Sabah terendah di Malaysia 2019
00:08 Aug 12, 2020  |  By SabahKini2
Terbukti Kerajaan Warisan cipta rekod junamkan ekonomi Sabah terendah di Malaysia 2019

Di bawah Parti Warisan dan PH mereka mencipta rekod berjaya menjunamkan kadar pertumbuhan KDNK Sabah dari 8.2% (paling tinggi antara semua negeri) pada tahun 2017 ke 1.5% (paling rendah) pada tahun 2018 dan turun lagi ke 0.5% (paling rendah)

Jabatan Perangkaan Malaysia baru mengeluarkan statistik pertumbuhan ekonomi negeri-negeri Malaysia untuk tahun 2019.

Sekali lagi, Sabah catat pertumbuhan ekonomi paling rendah antara semua negeri-negeri dalam Malaysia.

Pertumbuhan KDNK Sabah tahun 2019 cuma 0.5%.

Tahun 2018, cuma 1.5%. Juga paling rendah antara semua negeri.

Dalam tempoh 8 tahun sebelum kerajaan Sabah bertukar tangan pada PRU14, kadar pertumbuhan ekonomi Sabah adalah lebih tinggi berbanding kadar pertumbuhan negara.

Misalnya pada tahun 2017, kadar Sabah adalah 8.2% iaitu paling tinggi antara semua negeri dan lebih tinggi berbanding kadar 5.9% bagi seluruh Malaysia.

Pada tahun 2016, Sabah mencatatkan pertumbuhan 4.7% berbanding kadar 4.2% untuk Malaysia.

Secara am, ekonomi Sabah telah berkembang pada kadar lebih pesat berbanding purata untuk negeri-negeri lain sebelum parti Warisan mengambil alih.

Di bawah Parti Warisan dan PH Plus mereka mencipta rekod berjaya menjunamkan kadar pertumbuhan KDNK Sabah dari 8.2% (paling tinggi antara semua negeri) pada tahun 2017 ke 1.5% (paling rendah antara semua negeri) pada tahun 2018 dan turun lagi ke 0.5% (paling rendah antara semua negeri) pada tahun 2019.

Ini bermakna Sabah semakin ketinggalan dengan negeri-negeri lain dalam tempoh dua tahun bawah PH Plus.

Jika kita perhatikan, kerajaan PH terdahulu dan kerajaan Warisan Sabah tidak pernah melancarkan dan melaksanakan pelan strategik yang wajar bagi pertumbuhan Sabah.

Projek-projek yang sedia ada dimansuhkan atau dilambatkan seperti Pan Borneo Sabah pada masa bantuan kepada Warga Sabah diturunkan.

Sebaliknya projek-projek baru bawah Warisan seperti empangan Papar RM3 bilion diberi kepada kroni syarikat terowong Pulau Pinang yang bertapak di semenanjung manakala projek untuk penyelenggaraan jalan berturap Sabah bernilai RM1.5 bilion pula diberi kepada 5 syarikat secara rundingan terus termasuk ke sebuah syarikat yang terlibat dengan rasuah Menteri Sabah Peter Anthony.

[ARTIKEL BERKAITAN- Terbongkar! Syarikat Terowong Pulau Pinang dilantik bina Projek Empangan Papar ]

[ARTIKEL BERKAITAN- Skandal 'Rundingan Terus' RM1.5B syarikat kroni Peter Anthony, SPRM perlu segera siasat, serbu ]

Itu antara sebab-sebab ekonomi Sabah dijangka semakin lembab di bawah parti Warisan.

Dalam tempoh 2 tahun bawah mereka pada masa kerajaan pusat dipegang PH dan sebelum krisis Covid melanda, Sabah pun sudah terjatuh menjadi paling lemah.

Sekarang kerajaan pusat tidak lagi dikawal PH.

Apakah nasib ekonomi Sabah tahun 2020 ini jika Warisan masih memerintah?

2 tahun berkuasa tiada apa yang perlu dibanggakan. Rakyat menderita tiada dan hilang pekerjaan. Malah bantuan Covid-19 pun tak semua dapat. Lebih buruk lagi rakyat Sabah diminta jangan bergantung kepada kerajaan.

PRN Sabah rakyat perlu buang Warisan untuk ekonomi rakyat Sabah yang lebih cemerlang seperti tahun 2017 KDNK mencecah 8.2 peratus.

 Asal: Najib Razak

 

7 Comments