(VIDEO) Yong kata surat Shafie Apdal bubar DUN adalah 'Pai Ulung'
07:08 Aug 12, 2020  |  By SabahKini2
(VIDEO) Yong kata surat Shafie Apdal bubar DUN adalah 'Pai Ulung'

Katanya adapun Pasal 10 (2) (b), undang-undang ini memberikan kebijaksanaan kepada Tuan Yang Terutama untuk tidak membubarkan Dewan. Tapi Shafie hantar surat sebelah malam, pagi dah bubar.

Presiden SAPP, Yong Teck Lee mendakwa Ketua Menteri, Mohd Shafie Apdal melakukan kesilapan memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri melalui suratnya bertarikh 29 Julai 2020.

Katanya, surat yang dikongsi seorang timbalan ketua menteri di media sosial menunjukkan surat itu menasihat Yang Dipertua Negeri, Juhar Mahiruddin supaya mempersetujui pembubaran DUN seperti yang terkandung dalam Fasal 10(1)(2)(b) perlembagaan Sabah.

Bagaimanapun, jelas beliau, tiada artikel 10 (1)(2)(b) dalam perlembagaan Sabah.

“Adapun Pasal 10 (2) (b), undang-undang ini memberikan kebijaksanaan kepada Tuan Yang Terutama untuk tidak membubarkan Dewan.

“Ini bermaksud surat ketua menteri adalah ‘Pai Ulung’. Surat itu disampaikan kepada TYT untuk membubarkan dewan tetapi undang-undang yang dinyatakan dalam surat itu adalah untuk tidak membubarkan dewan.

Rancangan Shafie dan TYT bubar DUN awal

Bagi penganalisis politik mereka melihat tiada masalah pada permohonan surat memohon bubar itu kerana ia merupakan kuasa Ketua Menteri bagaimanapun kuasa membubar DUN oleh TYT dalam peruntukan itu hanyalah di bawah ‘Budi Bicara’ TYT.

Surat Ketua Menteri, Shafie Apdal kepada TYT bertarikh 29 Julai 2020 adalah bukti pakatan lebih awal itu untuk membubarkan DUN atas alasan tidak stabil dan diancam pihak tertentu yang berniat menjatuhkan Kerajaan pimpinan Warisan yang ada sekarang. 

TYT tahu mengenai rancangan bubar itu dan telah menandatanganinya lebih awal. Shafie hanya datang mengambil surat pembubaran  pada sebelah pagi pada 30 Julai sekalipun TYT tahu Tan Sri Musa sudah mempunyai sokongan yang mencukupi. Mustahil TYT tak tahu perkara budi bicara "tidak memperkenan membubar DUN" itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Istana Negeri Sabah sangkal tapi surat bubar DUN 29 Julai bukti rancangan lebih awal Shafie ]

Sekalipun kes ini dibawa ke mahkamah bagi pendengaran sama ada diterima atau tolak DUN sudah dibubarkan. Pilihanraya pasti berlaku juga.

Rakyat mesti memilih kerajaan yang benar-benar tulen bukan daripada 'lompatan' ahli politik.

 

18 Comments