(VIDEO)Shafie dan Ramzan sepupunya dalang laporan palsu ICAC Hong Kong!
07:05 May 06, 2018  |  By SabahKini2
(VIDEO)Shafie dan Ramzan sepupunya dalang laporan palsu ICAC Hong Kong!

Shafie pembiaya dan Ramzan penggerak ke Hong Kong dengan duit rasuah untuk memfitnah Musa Aman. Saksikan video-video ini.

Mengimbas kenangan ketika Shafie Apdal sebagai Naib Presiden UMNO yang berusaha menyerang Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman sehingga membiayai sepupunya Mohd Ramzan Abdul Wahab, Bekas Ketua Angkatan Muda PKR Semporna membuat laporan palsu bersama Shamsul Iskandar Mohd Akin pada 1 Oktober 2009 di Hong Kong terhadap Michael Chia Tien Foh ke Independent Commission Against Corruption (ICAC) yang cuba mengaitkan dengan Tan Sri Musa Aman. 

Ramzan menghilangkan diri selepas Shafie ditangkap atau kini menjadi saksi untuk mendakwa Shafie?

Sumber mengesahkan dokumen yang dilapor adalah laporan palsu direka-reka oleh Mohd Ramzan dan Shamsul Iskandar serta perjalanan mereka ke Hong Kong dibiayai hasil projek yang diberi oleh Shafie Apdal ketika itu Menteri KKLW. Begitu juga maklumat palsu ini disalurkan kepada Sarawakreport oleh Ramzan dan PKR.

 Berikut merupakan video yang pernah disiarkan Sabahkini berhubung pendedahan penipuan Ramzan Wahab sepupu Shafie Apdal

BAHAGIAN 1: KEDURJANAAN SHAFIE APDAL

 BAHAGIAN 2: KEDURJANAAN SHAFIE APDAL

5 Comments