Mahkamah Tinggi tolak permohonan semakan kehakiman Bubar DUN Sabah
10:08 Aug 21, 2020  |  By SabahKini2
Mahkamah Tinggi tolak permohonan semakan kehakiman Bubar DUN Sabah

Menurut Peguam Besar Negeri Sabah, Brenndon Keith Soh ketika ditemui, mahkamah itu menetapkan keputusan Yang DiPertua Negeri (TYT) Tun Juhar Mahiruddin menggunakan kuasa budi bicara dan tidak boleh dicabar.

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini menolak kes semakan kehakiman berhubung 33 wakil rakyat yang mencabar pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Penetapan berkenaan dibuat Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim selepas sesi prosiding di Bilik Bicara Mahkamah Persekutuan Rayuan, di sini.

Menurut Peguam Besar Negeri Sabah, Brenndon Keith Soh ketika ditemui, mahkamah itu menetapkan keputusan Yang DiPertua Negeri (TYT) Tun Juhar Mahiruddin menggunakan kuasa budi bicara dan tidak boleh dicabar.

"Mahkamah telah menolak kes cabaran terhadap responden, tiada permohonan semakan semula kerana mahkamah mendapati keputusan TYT tidak boleh diadili.

"Mahkamah mengambil tindakan berhati-hati untuk membuat sebarang keputusan dan keputusan itu tidak melanggar perlembagaan negeri dan cabaran pembubaran itu tidak terpakai di mahkamah," katanya.

 

17 Comments