PTD ambil alih tugas pegawai SPRM di Unit Integriti Kementerian dan Jabatan
17:01 Jan 02, 2018  |  By SabahKini2
PTD ambil alih tugas pegawai SPRM di Unit Integriti Kementerian dan Jabatan

JITN berjaya ditubuhkan dan ambil alih semua pegawai Unit Integriti setiap Kementerian dan Jabatan

Surat makluman daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia bertarikh 14 Disember 2017 telah dihantar kepada semua ketua jawatan mengenainya.

PUTRAJAYA: Selaras dengan penubuhan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN) pada 28 Julai lalu semua pegawai Kader di semua Unit Integriti di Kementerian dan Jabatan diambil alih Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).

Semua pegawai kader sebelum ini yang bertugas di bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini bukan lagi dibawah SPRM tetapi di bawah jabatan baru Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN).

Menurut sumber semua perjawatan pegawai SPRM di semua Unit Integriti di Peringkat Kementerian dan Jabatan-Jabatan ditarik serta-merta berkuatkuasa 1 Jan 2018 dan waran perjawatan sebelum ini dimansuhkan.

Semua gred jawatan Ketua Unit itu dinaikkan ke Gred PTD M54

Surat makluman daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia bertarikh 14 Disember 2017 telah dihantar kepada semua ketua jawatan mengenainya.

Pada bulan September lalu polemik penubuhan JITN memuncak apabila Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad membuat bantahan selain respon pelbagai pihak bimbang berlakunya pertindihan fungsi JITN.

Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low Seng Kuan mempertahankan penubuhan JITN dan menjelaskan fungsinya berbeza dengan SPRM kerana JITN tidak mempunyai kuasa.

“Saya fikir mereka semua membantah kerana mereka tidak faham sepenuhnya peranan JITN,” katanya

Paul Low pula dikaitkan dengan kontroversi syarikat konsultan penubuhan JITN sebelum bersara manakala PTD dikaitkan dengan penubuhan jawatan baru untuk kenaikan pangkat segera.

Hari ini semua jawatan Ketua Unit itu ditarik balik dan bukan lagi diketuai dari pegawai SPRM tetapi PTD.

Penarikan jawatan Kader dan ketua jabatan hanya dikhususkan kepada PTD itu memberi banyak persoalan apakah isu integriti kementerian diuruskan sepenuhnya kepada PTD dan pegawai SPRM diminta fokus kepada penguatkuasaan?

Atau PTD tidak mempercayai pegawai SPRM memandangkan banyak kes-kes berprofil tinggi sekarang banyak didalangi oleh PTD berjawatan besar seperti Ketua Setiausaha, TKSU, Ketua Pengarah, Setiausaha Bahagian dan pelbagai jawatan PTD yang berkuasa.

Desas-desus pelbagai pihak dalam kementerian memberi spekulasi penarikan semua pegawai kader SPRM ada kaitan dengan polemik perbalahan SPRM dengan PTD sebelum ini.

Sementara itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak membuat sebarang kenyataan berhubung penarikan semua pegawai SPRM di setiap kementerian itu tetapi terus fokus kepada tugasan mereka

Dalam satu kenyataan mengenai pilihanraya SPRM berikrar akan memastikan gejala rasuah dan salah guna kuasa tidak berleluasa ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berlangsung.

Untuk tujuan itu, ketua pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, bilik operasi SPRM akan diwujudkan di setiap negeri bagi memantau dan anggotanya turut akan berkhidmat 24 jam sehari bagi memastikan aktiviti itu tidak berlaku.

 

3 Comments