Digugur calon Warisan Bongawan: Dr Daud salahkan Anifah Projek TSGP dibatal Guan Eng
02:08 Aug 24, 2020  |  By SabahKini2
Digugur calon Warisan Bongawan: Dr Daud salahkan Anifah Projek TSGP dibatal Guan Eng

Selepas tahu nama digugur calon Dun Bongawan mulalah Dr Daud bekas pembantu menteri Warisan menyalahkan Anifah projek SOGT dan TSGP. Projek TSGP dibatal Guan Eng DAP tapi kata Dr Daud semua ini salah Anifah!

ADUN Bongawan, Dr Daud Yusuf mengambil tindakan populis hari ini menyerang Dato’ Sri Anifah Aman dicelah desas desus namanya digugurkan sebagai calon Parti Warisan DAP bertanding di kawasan itu pada Pilihan Raya Negeri Sabah September ini.

Dr  Daud menuduh Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman yang juga bekas Menteri Luar itu gagal menjayakan projek Terminal Minyak dan Gas Sabah di Kimanis (SOGT) dan saluran Gas Paip Trans-Sabah (TSGP) bernilai RM4 bilion sekalipun dua projek itu bukan dibawah kawalannya sebagai Menteri Luar.

Projek SOGT Kimanis milik Petronas dan Kerajaan Negeri Sabah manakala Projek Multi-Product Pipeline (MPP), Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP) merupakan projek anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan, Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER) telah melantik Syarikat China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB) melaksanakan projek itu.

Bagaimanapun selepas Kerajaan PH berkuasa bagi projek TSGP, PH menuduh terdapat penyelewengan projek itu dan SPRM menyerbu syarikat China itu dikala lawatan Tun Daim Zainuddin Ketua Majlis Penasihat Kerajaan PH bertemu pemimpin China sekitar julai 2018. Ia insiden memalukan Malaysia ditengah-tengah pembatalan dan perundingan projek mega itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Daim berang dengan Shukri KP SPRM malukannya di China ]

Daim berang dengan Shukri KP SPRM malukannya di ChinaSiapa sabotaj? Daim sedang berunding dengan China, di Malaysia syarikat GLC China sedang diserbu SPRM

22 bulan PH berkuasa malah sehingga kini siasatan SPRM terhadap projek itu tidak menemui salah laku rasuah. Sebulan selepas Daim dimalukan di China Dr Mahathir PM mengumumkan pula pembatalan projek TSGP di Sabah.

Belum habis siasatan SPRM projek TSGP dibatalkan

Oleh itu menjadi satu kemusykilan bagaimana Dr Daud Yusof membangkitkan isu projek paip dan gas asli itu sedangkan beliau sebagai pembantu Menteri Pertanian sendiri gagal membawa projek pertanian berjaya di kawasannya. Malah isu pasir pun berlambak di Kota Belud diberi kepada anak VVIP Sabah. Warisan tamatkan satu syarikat atas pelbagai alasan dan gantikan syarikat kroni tetapi terma yang sama dengan syarikat yang kroni.

Semalam Dr Daud sebagaimana dilaporkan media mengaku Anifah Aman tidak berkaitan dengan projek yang dia terminal gas dan paip minyak itu namun tetap mahu menyalahkan Anifah Aman sebagai Menteri Luar.

“Skandal ini memang tidak ada kaitan secara langsung dengan jawatan Anifah sebagai Menteri Luar tetapi ingin saya tegaskan di sini bahawa sebagai seorang yang diibaratkan ‘pelindung hak-hak Sabah’, dia sepatutnya mempunyai inisiatif untuk mengetahui secara mendalam mengenai projek mega ini apabila mula-mula dibangkitkan oleh DAP pada 2017.

“Lagipun, projek TSGP bermula dari Kimanis maka takkanlah Anifah tidak berminat untuk mengetahui secara mendalam mengenainya?,” katanya

Dr Mahathir, Lim Guan Eng PH batal projek tapi yang salah ialah Anifah?

Netizen mempersoalkan kenyataan Dr Daud itu untuk meraih populariti selepas bakal digugurkan sebagai calon Warisan.

Khairuddin pengguna laman sosial facebook mempersoalkan jika ia soal projek yang boleh membangunkan kawasan setempat mengapa Dr Daud tidak mempersoalkan Dr Mahathir Mohamad dan Lim Guan Eng yang membatalkan projek berbilion ringgit Sabah itu julai 2018? SPRM sudah mengesahkan tiada penyelewengan. Bukankah yang rugi rakyat Sabah juga. 

Shafie akur Dr Mahathir batal Projek TSGP

Paling menyedihkan rakyat Sabah, rekod media ogos 2018 menunjukkan Shafie Apdal, Kerajaan Warisan sendiri menerima baik keputusan kerajaan Pusat membatalkan projek Saluran Gas Paip Trans-Sabah (TSGP) atas alasan faktor kewangan dan jumlah hutang negara. 

Kata Shafie tindakan itu tidak memberi kesan kepada Sabah dari segi peluang pekerjaan dan perniagaan jadi rakyat Sabah perlu akur apa yang diputuskan oleh Dr Mahathir Perdana Menteri

“Ini adalah satu projek yang tidak memberikan manfaat kepada rakyat Sabah. Bukan satu keutamaan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Sabah ikut keputusan Dr Mahathir batalkan projek TSGP- Shafie ]

Shafie U-Turn Projek TSGP

Apabila rakyat melihat kerajaan Warisan terlalu 'Malaya' dan Mahathir, hanya pada 26 Mei 2019 tiba-tiba Shafie Apdal menjadi waras apabila menegur sikap Kerajaan Persekutuan (PH) yang sesuka hati menangguh atau membatalkan projek mega tanpa pengetahuan kerajaan negeri.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, projek Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) dilaksanakan di peringkat pusat dan ia tidak menjadi masalah jika sekiranya projek itu ditangguh atau dibatalkan.

“Sekurang-kurangnya perkara itu harus dimaklumkan kepada kita kerana Sabah adalah negeri yang terlibat dalam pelaksanaan itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Projek Mega TSGP: Shafie 'U-Turn' Lim Guan Eng Batalkan ]

Kenapa Dr Daud tiba-tiba muncul?

Warisan sedar pengaruh Dato’ Sri Anifah Aman Presiden PCS itu semakin menyerlah. Setiap apa yang ditutur dan ditulis Anifah mendapat perhatian media dan rakyat Sabah.

Anifah sebagai bekas Ahli Parlimen Kimanis sudah pasti tahu keadaan sebenar di setiap DUN di Parlimen Kimanis itu. Tidak hairanlah Dr Daud menggunakan kaedah rasis untuk menghasut etnik Brunei majoriti di DUN Bongawan memburukkan Anifah. Rakyat Kimanis pasti tidak akan lupa jasa Anifah membawa pembangunan pesat di Kimanis.

Dr Daud sedar sama ada dia mahu bertanding atau tidak Warisan pasti akan menggantikannya kerana semua tahu Dr Daud seorang pemimpin lemah di Bongawan hanya layak sebagai penjawat awam dan bukan orang politik. 

Puan Saliah Mudin bakal menggantikan Dr Daud?

Menurut sumber Warisan bakal mencalonkan wanita di DUN Bongawan iaitu Pn Saliah Mudin Timbalan Pengarah di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sabah. Beliau dilihat banyak terlibat dengan aktiviti NGO selain jabatannya sering mengadakan program di Kimanis.

Apakah Warisan berani mempertaruhkan Pn Saliah Mudin seorang penjawat awam dan menggugurkan Dr Daud? Terdapat juga desas-desus Shafie Apdal sedang berunding dengan Ahmad Yusof Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Kimanis. Benarkah? sama -sama tunggu. 

4 Comments