Shafie, Kerajaan Warisan kini gembira Sabah dalam Peta Filipina?
04:08 Aug 25, 2020  |  By SabahKini2
Shafie, Kerajaan Warisan kini gembira Sabah dalam Peta Filipina?

Dulu Shafie bangga bertemu Duta Filipina bekerjasama beri passport di Sabah. Kini Filipina ke depan lagi apabila membenarkan cetakan peta Filipina meliputi kawasan 320 kilometer Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) dan merangkumkan Sabah di dalam pasport Filipina.

Disaat Sabah bakal menghadapi Pilihanraya Negeri September ini dan sikap Shafie Apdal Ketua Menteri Sabah yang berdiam diri tentang kedaulatan Sabah Filipina membuat kejutan baharu.

Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negara Filipina membenarkan cetakan peta Filipina meliputi kawasan 320 kilometer Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) dan merangkumkan Sabah di dalam pasport negara itu.

Cagayan de Oro Rep. Rufus Rodriguez, individu yang bertanggungjawab menulis rang undang-undang House Bill 6399 akan memberi kesan kepada Akta Pasport Filipina tahun 1996 berkata bahawa pindaan ini bertujuan untuk menekan dan menegaskan hak dan sejarah Filipina ke atas Sabah.

Berkata kepada CNN Philippines, dia menambah bahawa dokumen perjalanan Filipina ini adalah kenyataan kuat bahawa negara tersebut menegaskan hak kedaulatan mereka di Laut Filipina Barat dan EEZ.

Tuntutan Filipina kepada Sabah tidak pernah berakhir. Sesiapa saja Presiden dan pemimpin Filipina ia nampaknya menjadi agenda perjuangan politik di Filipina.

Kenyataan Setiausaha Luar Filipina Teodoro Locsin Jr bahawa Sabah bukan sebahagian Malaysia terus mencetuskan kontroversi. Menteri Luar Malaysia Dato’ Seri Hishammuddin dan bekas Menteri Luar Dato’ Sri Anifah menyelar tindakan Setiausaha Luar Filipina itu.

Anifah pula menegur sikap Shafie Apdal selaku Ketua Menteri tidak pernah bersuara mengenai kedaulatan Sabah.Teguran itu menyebabkan Shafie melenting dan menyalahkan Anifah Aman sebagai Menteri Luar.

Shafie mengungkit pertemuannya dengan  Duta Besar Filipina Charles Jose ketika dia mengunjungi Sabah Februari 2019. Namun fakta pertemuan itu hanyalah akur kepada hak tuntutan Filipina dan Kerajaan Sabah pula akan memberi kerjasama untuk pemberian passport Filipina bagi mengatasi pemegang kad IMM13 pelarian Filipina yang semakin meningkat di Negeri Sabah. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Filipina kekal tuntut Sabah dan Kerajaan negeri bantu warga Filipina tanpa dokumen di Sabah ]

Malah tindakan Kedutaan Filipina mengadakan projek passport secara pada oktober 2019 secara terbuka dengan kerjasama Kerajaan Warisan mengundang resah rakyat.

Filipina kekal tuntut Sabah dan Kerajaan negeri bantu warga Filipina tanpa dokumen di Sabah

[ARTIKEL BERKAITAN-  Duta Filipina sahkan projek ‘passport’ sedang dilakukan di Sabah ]

Bukan itu sahaja Datuk Azis Jamman bekas Timbalan Menteri KDN sibuk mahu mendaftarkan anak-anak tiada dokumen untuk digunakan tenaga mereka dan mengelak mereka dihantar ke negara asal.

Sabahkini2 sebelum ini mendedahkan sikap sebenar Shafie Apdal mengapa sebelum berkuasa dan menjadi Ketua Menteri, Shafie hanya kekal berdiam diri. Hanya sekarang selepas didesak beliau bersuara. Jawapannya mengejutkan!

[ARTIKEL BERKAITAN- Tuntutan Filipina terhadap Sabah: Mengapa Shafie Apdal berdiam diri? Jawapannya Mengejutkan Rakyat Sabah! ]

Duta Filipina sahkan projek ‘passport’ sedang dilakukan di Sabah

Apakah tindakan Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negara Filipina membenarkan cetakan peta Filipina meliputi kawasan 320 kilometer Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) merangkumkan Sabah di dalam pasport negara itu memberi mesej Pilihanraya Sabah 26 September ini?

Apakah mesejnya Kerajaan Warisan yang berkuasa di Sabah ini adalah rakan Filipina sekarang?

Apakah ia memberi mesej kepada kaum suluk 'bukan original' yang punyai kaitan Kerajaan Sulu di Sabah mendapat projek IC sebelum ini agar terus mengundi Warisan jika mahu mereka selamat?

 

 

 

 

 

 

15 Comments