[VIDEO] Pemimpin Sabah tulen pertahan Sabah- Anifah Aman
19:08 Aug 29, 2020  |  By SabahKini2
[VIDEO] Pemimpin Sabah tulen pertahan Sabah- Anifah Aman

PCS mengukuhkan pendirian akan bertanding cukup kerusi untuk membentuk kerajaan negeri Sabah. Sabah perlu ditadbir oleh parti tempatan bagi mempertahankan hak-hak Sabah termasuk ancaman luar. Sabah mesti di pemimpin oleh pemimpin Sabah Tulen!

Parti Cinta Sabah (PCS) terus mengukuhkan pendirian menyatakan akan bertanding cukup kerusi untuk membentuk kerajaan negeri  Sabah.

Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Datuk Seri Anifah Aman berkata, parti itu akan bertanding secara bersendirian tanpa kerjasama dengan parti-parti lain.

“Bukan satu bukan dua bukan tiga tapi kita akan bertanding sejumlah kerusi (agar) kita boleh membentuk kerajaan negeri Sabah,”.katanya

PCS juga akan fokus kepada kawasan yang mereka boleh menang kerana tidak mahu menjadi seperti pepatah Melayu, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Pemimpin Sabah Tulen Pertahan Sabah

Sementara itu Anifah terus bertegas untuk mempertahankan Sabah dari ancaman luar. Oleh itu katanya Sabah memerlukan parti tempatan lebih kuat melawan ancaman Tuntutan Filipina  sejak sekian lama.

“Saya mantan Menteri luar, saya katakan itu sebelum pilihanraya… pemimpin, kalau tidak kenali, tidak bijak, tidak bersatu, tidak bersuara Filipina akan menuntut Sabah ini sebagai sebagai satu dari wilayah mereka maka anak cucu cicit kita akan menjadi pendatang, pengemis.

Satu syarat untuk mempertahankan negeri Sabah,  parti Sabah mesti ditadbir oleh pemimpin Sabah tulen

“Pastikan Parti Cinta Sabah menang dalam pilihanraya negeri kali ini ”. Katanya

Selasa lalu Anifah menegur kealpaan Shafie di dalam hal ehwal diplomasi membuka ruang buat filipina menuntut Sabah

“Sangat mengecewakan, menyedihkan apabila hari ini kerana kealpaan Ketua Menteri Sementara Sabah (Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal) ini sendiri terutamanya dalam hal ehwal diplomasi telah secara tidak langsung membuka ruang kepada Filipina membuat tuntutan ke atas Sabah secara berani dan terbuka seperti hari ini.

“Filipina boleh buat sedemikian hari ini kerana Mohd Shafie rela mengadakan rundingan dengan negara itu. Tindakan ini secara tidak langsung telah mengiktiraf tuntutan Filipina ke atas Sabah.

“Sebenarnya apakah ianya satu keperluan untuk berunding jika apa yang dituntut itu tidak berasas sama sekali? Sabah adalah milik Malaysia sejak Perjanjian Malaysia 1963 termeterai.

“Ini juga adalah sebab mengapa saya tidak layan mahupun adakan sebarang rundingan atau perbincangan, sesi dialog atau apa sahaja dalam isu ini. Ingat, Sabah ada sebahagian daripada kita, Malaysia. katanya

8 Comments