Sebutan kes Peter Anthony tipu guna dokumen palsu 10 September resahkan Warisan
06:09 Sep 01, 2020  |  By SabahKini2
Sebutan kes Peter Anthony tipu guna dokumen palsu 10 September resahkan Warisan

Sebelum ini Peter mengelak guna alasan penyakit Vertigo. Namun 28 Julai lalu diikat jamin RM50k. Kini sebutan kes Peter pada 10 September iaitu dua hari sebelum penamaan PRN. Kes Peter resahkan Warisan

Hari ini 1 September, ada 8 hari lagi iaitu dua hari sebelum penamaan calon  PRN Sabah sebutan kes semula pertuduhan Datuk Peter Anthony Naib Presiden Warisan bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan memalsukan dokumen dan satu pertuduhan alternatif seksyen 471 Kanun Keseksaan menggunakan dokumen palsu sebagai dokumen asal.

Mahkamah 28 Julai lalu membenarkan Datuk Peter Anthony diikat jamin RM50,000 seorang penjamin.

[ARTIKEL BERKAITAN- Peter didakwa palsukan dokumen RM43 juta, dijamin RM50 ribu, sebutan kes 10 September ]

 

Peter didakwa palsukan dokumen RM43 juta, dijamin RM50 ribu, sebutan kes 10 September

Pertuduhan baru berkait kes penipuan dan penyelewengan kontrak penyelenggaraan Universiti Malaysia Sabah oleh Syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd bernilai RM43 juta pastinya dinanti rakyat Sabah

Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan ialah penjara selama tujuh tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya sekali manakala Seksyen 471 ialah penjara 2 tahun.

Naib Presiden Warisan itu semalam bertemu dengan penyokongnya di DUN Melalap dan menyatakan kepada penyokongnya pertuduhan rasuahnya serta dokumen palsu baru-baru ini, tidak menjejaskan persiapan beliau menghadapi pilihan raya negeri (PRN).

Jun lalu Datuk Peter Anthony didakwa di Mahkamah Khas Rasuah atas lima pertuduhan membabitkan dana RM8.75 juta

Peter berdepan lima pertuduhan, iaitu dua pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, manakala tiga pertuduhan lain membabitkan Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Peter Anthony dilaporkan akan mempertahankan DUN Melalap yang beliau hanya perolehi 293 undi. Namun terdapat desas desus Peter akan berpindah kawasan pilihan raya di DUN Limbahau kawasan baru Parlimen Papar.

 

 

17 Comments