Giliran Junz Wong, syarikat kroni sapu RM4.9 juta projek Rundingan Terus bantuan padi bukit?
09:09 Sep 06, 2020  |  By SabahKini2
Giliran Junz Wong, syarikat kroni sapu RM4.9 juta projek Rundingan Terus bantuan padi bukit?

Menjelang PRN Sabah satu persatu skandal Pemimpin Warisan PH terdedah. Selepas Peter kini Junz Wong pula sapu Projek Rundingan Terus RM4.9 juta. Duit Bantuan Padi Bukit pun Warisan rembat!

Syarikat Puncak Jaya yang pernah dikaitkan dengan bekas Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah dan Ketua Pemuda Pakatan harapan Sabah Raymond Ahuar pada disember  2018 kini dilaporkan mendapat projek secara Rundingan Terus Bantuan Padi Bukit Jabatan Pertanian Sabah bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah Datuk Junz Wong bernilai hampir RM5 juta.

Surat kelulusan bertarikh 22 Disember 2019 rujukan KEW (STB) 600-3/2019/26 (21) yang diberikan sumber itu ditandatangani oleh Datuk Bahari Haji Hassan, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah.



Semakan Sabahkini2 menunjukKan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) pada jun 2019 mengumumkan RM44 juta peruntukan Skim Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit / Huma (SBRPB).

Syarikat Puncak Jaya dilaporkan dilantik membekal dan menghantar Input Pertanian untuk melaksanakan Subsidi Padi Bukit Jabatan Pertanian. Projek ini dilihat bukanlah projek mendesak dan sepatutnya dibuat secara perolehan tender terbuka untuk memberi peluang kepada kontraktor yang benar-benar layak bukan kontraktor kroni.

Menjadi kemusykilan apakah kriteria menyebabkan Syarikat Puncak Jaya ini dipilih oleh Junz Wong dan Kementerian Kewangan Sabah. Berapakah agaknya komisen dibayar syarikat ini kepada Junz Wong dan MOF Sabah?

Menjadi tradisi syarikat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) akan diberi kerja namun Syarikat Puncak Jaya mendapat keistimewaan.


Datuk Bahari Haji Hassan Bekas Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah
dan Shafie Apdal KM/Menteri Kewangan

PH dalam kempen PRU14 dan manifestonya berjanji tidak menggunakan menggunakan sistem rundingan terus bagi projek atau perolehan kerajaan. Bagaimanapun selepas berkuasa  PH sibuk meneruskan dasar Rundingan Terus atas alasan dibenarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.Lebih dahsyat lagi di Sabah projek Rundingan Terus RM1.5bilion diberi kepada syarikat kroni Warisan.

Malah selepas berkuasa Mei 2018 Lim Guan Eng Menteri Kewangan mengeluarkan pekeliling baru pada 29 Jun 2018 bagi membatal dan menangguhkan semua prolehan tender terbuka, tender terhad dan Rundingan Terus.

Permohonan Rundingan Terus Syarikat Puncak Jaya dibuat oleh Menteri Pertanian Sabah Junz Wong kepada Datuk Seri Shafie Apdal selaku Menteri Kewangan sebelum surat SUT MOF Sabah dikeluarkan kepada syarikat itu.

Syarikat Puncak Jaya merupakan syarikat kroni Pakatan Harapan yang mendapat sokongan permohonan tender membekal makanan bermasak Asrama SMA Tun Said Kota Belud.

[ARTIKEL BERKAITAN- SUPOL TPM dan TKM Sabah bergabung sokong Syarikat Puncak Jaya lobi Menteri KPM ‘tender bekalan bermasak’ ]

Puncak Jaya dibantu PH

SUPOL TPM dan TKM Sabah bergabung sokong Syarikat Puncak Jaya lobi Menteri KPM ‘tender bekalan bermasak’
Fadzylie Dullie Marie Pengurus Punca Jaya merupakan kontraktor kroni yang
mengundi di DUN Api-Api kawasan

Christina Liew Timbalan Ketua Menteri 

 

 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diseru menyiasat sekiranya pelantikan Rundingan Terus RM4.9 juta ini mempunyai unsur rasuah dan salahguna kuasa.  

12 Comments