Teruknya Warisan! Ekonomi Menjunam, kos hidup tinggi, 1 daripada 2 orang miskin di Pitas
11:09 Sep 07, 2020  |  By SabahKini2
Teruknya Warisan! Ekonomi Menjunam, kos hidup tinggi, 1 daripada 2 orang miskin di Pitas

Betapa teruknya Kerajaan Warisan PH. KDNK terendah di Malaysia 0.5%. Dua tahun turun mendadak. Kadar Kemiskinan tertinggi di Malaysia malah Daerah tertentu seperti Pitas, Tongod termiskin.

Data terbaru Jabatan Perangkaan Malaysia mengenai statistik pertumbuhan ekonomi negeri-negeri Malaysia tahun 2019 jelas menunjukkan kedudukan teruk ekonomi Negeri Sabah sejak Kerajaan Warisan memerintah.

Sabah mencatatkan pertumbuhan ekonomi paling rendah antara semua negeri-negeri dalam Malaysia.

Pertumbuhan KDNK Sabah tahun 2019 hanya  0.5% sekaligus mencipta rekod Warisan menjunamkan ekonomi Sabah.

Selepas Kerajaan Warisan PH mengambil alih pemerintahan Sabah 12 Mei 2018, pencapaian tahun 2018 hanya 1.5% juga catatan paling rendah antara semua negeri.

Terbukti Kerajaan Warisan cipta rekod junamkan ekonomi Sabah terendah di Malaysia 2019

Shafie Apdal dan Warisan menggunakan alasan ekonomi dunia lembap selain pandemik COVID-19 menyebabkan pertumbuhan KDNK Sabah menjunam.

Sebagai rekod sejak 8 tahun lalu kadar pertumbuhan ekonomi Sabah adalah lebih tinggi berbanding kadar pertumbuhan negara. Pada tahun 2017, KDNK Sabah adalah 8.2% iaitu paling tinggi antara semua negeri dan lebih tinggi berbanding kadar 5.9% bagi seluruh Malaysia.

 

Sabah: Kadar Kemiskinan

Rakyat Sabah perlu tahu kedudukan kadar kemiskinan di Sabah di bawah pemerintahan Kerajaan Warisan. Hampir 3 tahun ekonomi Sabah menurun kadar kemiskinan terus meningkat.

Data Jabatan Statistik Malaysia menunjukkan  pada tahun 2019 Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) bagi Sabah ialah RM2,537 sebulan berbanding pendapatan PGK untuk Malaysia iaitu RM2,208 sebulan kedua tertinggi di negara ini selepas Wilayah Persekutuan Labuan RM2,633. Ini menunjukkan kos hidup di Sabah tinggi.

Jumlah kemiskinan mutlak (isi rumah tidak mencukupi untuk menampung keperluan hidup asas) Sabah ialah 19.5 peratus. Ini bermakna 1 daripada 5 isi rumah di Sabah adalah miskin. Jumlah kemiskinan mutlak Sabah ini adalah tertinggi di Malaysia berbanding Kelantan  iaitu 12.4 peratus dan kadar jumlah kemiskinan mutlak Malaysia iaitu 5.6 peratus.

Ini bermakna Sabah mempunyai jumlah orang miskin teramai berserta agihan pendapatan yang tidak sama-rata.

Pitas Daerah Miskin

 Veveonah Mosibin: Ikon Pitas

Data Jabatan Statistik Malaysia menunjukkan  pada tahun 2019 Daerah termiskin di Sabah ialah Pitas selain Tongod, Kudat dan Kota Marudu.

Pitas lebih terkenal susulan pelajar UMS Veveonah Mosibin yang tular bermalam di atas pokok untuk mendapat capaian internet selain tindakan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkongsi jawapan parlimen bahawa tindakan Veveonah sekadar seorang Youtuber memancing pembaca. Ia menyebabkan serangan netizen selain Veveonah membuktikan bahawa dirinya tidak membuat penipuan mengambil peperiksaan secara online itu. Veveonah menjadi ikon kepada tanda kemiskinan di Pitas. 

Dari segi politik, sekalipun ADUN Pitas Datuk Bolkiah Ismail sebelum ini menyertai Warisan tetapi tetap tidak berjaya membantu kepada kemajuan Pitas. 

Untuk tatapan rakyat jumlah kemiskinan mutlak di Pitas ialah 53.6 peratus bermakna setiap 1 daripada 2 isi rumah di Pitas adalah miskin. Jumlah kemiskinan mutlak Pitas ini menjadikan Pitas daerah kedua tertinggi di Sabah selepas Daerah Tongod 56.6 peratus.

Maklumat lain Pitas seperti berikut;

i. Pendapatan isi rumah Kasar Penengah Pitas ialah RM1,999

ii. Ini merupakan Pendapatan Isi Rumah Kasar Penengah daerah terendah di Malaysia

iii. Perbandingan Pendapatan Isi Rumah Kasar Penengah Kota Kinabalu ialah RM6,004 manakala Sabah ialah RM4,235 dan bagi Malaysia ialah Petaling Selangor RM8,993

Apakah nasib ekonomi Sabah tahun 2020 ini jika Warisan masih memerintah? Jika ekonomi Sabah 3 tahun ini terus lembab rakyat akan lebih teruk, pengangguran akan terus bertambah. Pandemik COVID-19 akan menambahkan lagi tekanan kepada ekonomi Sabah. Sehingga ke hari ini rezab negeri Sabah tidak pernah didedahkan lagi. Jika Kerajaan Warisan tidak bekerjasama dengan Kerajaan Pusat tidak hairan jika Kerajaan Negeri Sabah akan muflis dan rakyat di daerah di Sabah lebih menderita. 

By

Azrain Iskandar

 

42 Comments