Warisan monopoli 46 kerusi,PKR bengang keluar dewan dapat 7 kerusi
09:09 Sep 10, 2020  |  By SabahKini2
Warisan monopoli 46 kerusi,PKR bengang keluar dewan dapat 7 kerusi

Semalam PKR berbangga umum 14 kerusi. Hari ini dapat 7 kerusi. Warisan memonopoli kerusi PRN bertanding sebanyak 46 kerusi.

Hari ini PKR Sabah menyuarakan rasa tidak puas hati kepada Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal apabila 14 kerusi yang mereka semalam tidak berlaku dan hanya tujuh kerusi diberikan kepada PKR.

Kerusi yang diberikan adalah Api-Api, Inanam, Tempasuk, Tamparuli, Matunggong, Klias, dan Sook.

[ARTIKEL BERKAITAN- PKR tanding 14 kerusi, guna logo sendiri di Sabah ]

Klias dan Sook adalah dua kerusi yang diberikan kepada PKR, sementara lima kerusi selebihnya pernah ditandingi oleh PKR pada pilihan raya umum 2018.

Selepas pengumuman itu perwakilan PKR dan Christina Liew keluar dari dewan bagi menyelesaikan isu berbangkit. Liew dan perwakilan PKR kemudian tidak kembali ke dalam dewan tersebut. Liew tidak kelihatan di pentas untuk sesi bergambar.

UPKO diberikan 12 kerusi berbanding iaitu lebih tujuh kerusi berbanding PRU lalu. Presiden Upko Madius Tangau setakat ini berdiam diri dan akur jumlah kerusi itu.

DAP dan Amanah dikatakan tidak mempunyai sebarang masalah dengan kerusi yang diberikan untuk PRN Sabah.

DAP akan bertanding di tujuh kerusi, jumlah yang sama seperti yang mereka tandingi pada PRU lalu, sementara Amanah diberi satu kerusi. DAP dan Amanah akan bertanding di bawah logo Warisan sementara PKR dan Upko akan menggunakan logo masing-masing.

Warisan terus memonopoli kerusi PRN apabila  bertanding sebanyak 46 kerusi.

Perkembangan terbaru ini akan terus mencetuskan pergeseran di antara PKR dan Warisan.

 

11 Comments