PN umum tanding 29 kerusi, bertembung sekutu BN, PBS
05:09 Sep 11, 2020  |  By SabahKini2
PN umum tanding 29 kerusi, bertembung sekutu BN, PBS

Sama ada sekutu BN, PN PBS bertembung nampaknya blok Warisan Plus juga tidak lari dari bertembung sesama sendiri. PKR tidak berpuas hati.

KOTA KINABALU: Perikatan Nasional (PN) Sabah bertanding di 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 26 September ini.

Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Hajiji Noor, ketika mengumumkannya, berkata 60 peratus calon adalah muka baharu.

Beliau yang akan mempertahankan kerusi DUN Sulaman, berkata semua calon akan mewakili PN tanpa mengira dari parti mana mereka datang.

"Kami bertanding atas nama PN, tidak timbul soal dari parti mana," katanya.

Selain BERSATU, PN Sabah turut disertai Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP).

BN semalam mengumumkan 31 calonnya bertanding PRN kali ini namun kemudiannya menambah lagi DUN Melalap melalui Jamawi Jaafar selepas mendapat tahu PBS meletakkan calon ditolak rakyat Datuk Raden Malleh bertanding semula di Melalap.

[ARTIKEL BERKAITAN- PRN Sabah: BN tanding 31 kerusi, Salleh, Raime, Kamarlin, Jumat,James Ratib kembali ]

Antara 29 yang diumum, satu kerusi PN bertindih dengan Barisan Nasional iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paginatan manakala dua bertembung dengan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) iaitu di DUN Sook dan Tulid.

Mengulas lanjut, Hajiji berkata, pihaknya berharap BN dan parti komponennya akan menarik diri bagi mengelakkan berlakunya pertindihan dengan Bersatu sekaligus memastikan kemenangan buat PN.


“Kita harap ia akan berlaku (BN akan undur diri,” katanya selain memaklumkan lebih 50 peratus calon daripada PN merupakan muka baru.

Sementara itu satu lagi blok sekutu PN BN, Parti Bersatu Sabah (PBS) mengesahkan bertanding di 15 kerusi dengan menggunakan lambang parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hujung bulan ini.

Dalam kenyataan media, Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, kesemua kerusi itu menggandingkan muka lama dan baharu. Pengumuman PBS itu turut melibatkan pertembungan 3 kerusi dengan komponan BN iaitu PBRS di Kerusi Matunggong, Tandek, Kedamaian dan satu di Melalap kerusi UMNO BN.

Untuk PRN kali ini BN, PN dan PBS akan menjadi blok sekutu menentang Warisan Plus yang kini juga bergolak tentang pembahagian kerusi PRN. 

PKR ketika pengumuman calon dilaporkan keluar dewan kerana tidak bersetuju dengan agihan kerusi apabila Warisan monopoli 54 kerusi berbanding komponen lain.

[ARTIKEL BERKAITAN- Warisan monopoli 54 kerusi,PKR bengang keluar dewan dapat 7 kerusi ]

 

 

1 Comment