PCS tanding 73 kerusi bukti serius bentuk Kerajaan Negeri Singkir Warisan
05:09 Sep 11, 2020  |  By SabahKini2
PCS tanding 73 kerusi bukti serius bentuk Kerajaan Negeri Singkir Warisan

Tiada lagi perebutan kerusi, tiada kuota komponen.. cukup 73 kerusi. Menang atau kalah ia bukti serius PCS mahu membentuk kerajaan.

KOTA KINABALU: Parti Cinta Sabah (PCS) bertanding 72 kerusi bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN).

Presidennya, Datuk Seri Anifah Aman, berkata 70 calon diumumkan pada hari ini dan baki dua kerusi lagi akan diketahui pada hari penamaan calon, Sabtu ini.

Katanya, dua kerusi yang akan diumumkan itu ialah Dewan Undangan Negeri (DUN) Banggi dan Matunggong.

Anifah berkata, calon dua DUN itu tidak dapat diumumkan hari ini kerana ada isu perlu diselesaikan, namun menegaskan parti itu akan meletakkan calon di 72 DUN.

"Saya percaya semua kawasan di Sabah menginginkan calon PCS bertanding. Kita berada di sini untuk berkhidmat untuk rakyat.

"Jelas bahawa jika kita tidak bertanding sebanyak 72 kerusi, kita tidak boleh membentuk kerajaan. Kita mahu menang kerana kita mahu mentadbir Sabah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas majlis Pengumuman Calon dan Penyerahan Watikah Calon PCS, di sini hari ini.

Beliau berkata, PCS akan melaksanakan manifesto yang dirangka khas untuk orang Sabah.

"Manifesto ini dirangka dengan meletakkan kepentingan Sabah sebagai perkara paling utama.

"Ia merangkumi beberapa teras seperti mewujudkan satu kementerian baru khas untuk minyak dan gas, menjamin kedaulatan Sabah, MA63 (Perjanjian Malaysia 1963), pendidikan dan kemahiran, pembangunan infrastruktur dan kebajikan wanita serta belia.

"PCS mempunyai misi dan visi untuk memperjuang hak dan keistimewaan Sabah seperti yang termaktub dalam IGC62, MA63 dan Perlembagaan Malaysia.

"Kita akan tetap berpegang kepada perjuangan ini jika kita diberi mandat untuk membentuk kerajaan Sabah," katanya.

13 Comments