'Jambatan Maut': “..nak ambil tindakan. Adik saya polis”- Siti Zaharah ibu
11:01 Jan 03, 2018  |  By SabahKini2
'Jambatan Maut': “..nak ambil tindakan. Adik saya polis”- Siti Zaharah ibu

Siti Zaharah masih tidak berasa bersalah dengan tidak memadam video itu dalam facebooknya malah mengecam netizen yang mahu melaporkan polis terhadap insiden itu

KUALA LIPIS – Video seorang kanak-kanak berusia enam tahun menyeberangi jambatan gantung yang rosak di Kampung Pamah Aur, Bukit Bentong di sini bersama bapanya, Abdul Jalil Sulaiman, 41, untuk ke sekolah semalam mencetuskan kontroversi apabila tular di laman Facebook.

Video yang dimuat turun oleh isterinya Siti Zaharah Othman, 33, selaku perakam video itu adalah bertujuan untuk menarik perhatian netizen tentang jambatan gantung yang telah rosak itu.

Siti Zaharah pada 19 Julai lalu telah membuat catatan dalam facebooknya mengenai jambatan runtuh itu membuktikan niatnya untuk melakukan niat menyebar maklumat bagi tujuan publisiti tanpa merujuk status projek kepada wakil rakyat dan pihak-pihak berkuasa.

“Apa yang nak fikir sekarang… bila lah weh jambatan bukit Betong ni nak buat… tak lama dah nak habis tahun. Anak nak masuk sekolah pun payah. Seksa nak kan jambatan..agaknya kena panggil wartawan kasi kecoh sikit”. Katanya dalam facebook

Usaha dan niatnya mencetuskan kekecohan berjaya sehingga wakil rakyat dan JKR menjawab status tular projek jambatan itu yang akan dibina 8 Januari ini.

Bagaimanapun selepas kecoh, Abdul Jalil suami Siti Zaharah kemudian tampil memohon maaf ke­rana menularkan klip video yang memaparkan dirinya membawa anaknya, Lutfil Hadi, 5, menggunakan jambatan tersebut.

Katanya, dia hanya inginkan jambatan gantung yang roboh setahun lalu itu diganti baharu tetapi tidak menyangka ramai yang memarahinya kerana membahayakan nyawa anak.

Abdul Jalil berkata, beliau sukar menghantar anaknya untuk ke sekolah apabila jambatan gantung tersebut rosak sejak setahun lalu.

Semakan dalam facebook Zaharah mereka mempunyai kenderaan untuk menghantar anak mereka ke Sekolah dan tidak mempunyai halangan untuk tidak menggunakan jambatan.

Susulan lebih seribu komen dalam facebooknya yang menyalahkannya membahayakan nyawa anaknya Siti Zaharah masih tidak berasa bersalah dengan tidak memadam video itu dalam facebooknya malah mengecam netizen yang mahu melaporkan polis terhadap insiden itu.

“Pasal PDRM ni, kalau nak adik saya boleh ambil tindakan..sebab dia pun polis’. Katanya

Kenyataan Siti Zaharah yang terbaru ini mengundang kemarahan netizen dan berharap satu tindakan diambil terhadapnya yang bukan sahaja membahayakan nyawa anaknya, memfitnah dan cuba untuk menyalah gunakan kuasa melalui adiknya  ‘polis’ yang cuba memberi imej buruk kepada polis kononnya perbuatannya bakal ‘dilindungi’ polis.

Susulan kenyataannya ini beberapa laporan polis telah dibuat terhadapnya sebagai satu pengajaran membuat fitnah.

Comment