Takut sangat ke Shafie dengan saya kata Anifah.
04:09 Sep 16, 2020  |  By SabahKini2
Takut sangat ke Shafie dengan saya kata Anifah.

Anifah berkata, tindakan Shafie itu tidak beretika serta tidak profesional dan menasihati beliau menghentikan politik kotor yang melibatkan keluarga orang lain

KOTA KINABALU: Datuk Seri Anifah Aman menyelar taktik kempen kotor oleh presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal terhadap beliau serta keluarga.

“Saya akan mengambil tindakan undang-undang selepas pilihanraya nanti,” tegas Anifah.

Beliau berkata demikian sebagai respon terhadap tuduhan Shafie yang mendakwa bahawa beliau berserta abang dan ahli keluarganya telah memperoleh kontrak 100 tahun ke atas tanah kepunyaan Yayasan Sabah.

Anifah, selaku presiden Parti Cinta Sabah (PCS) menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut. Beliau juga menyatakan bahawa tindakan Shafie ini amatlah tidak bermaruah kerana sanggup memburukkan nama beliau serta keluarga semata-mata untuk memenangi pilihan raya negeri nanti.

“Takut sangat ke dia dengan saya?”, kata Anifah.

Beliau menegaskan tindakan Shafie ini membuktikan keterdesakan beliau untuk memenangi pilihanraya negeri Sabah yang akan datang.

“Nampak gayanya Warisan tidak yakin akan pentadbiran mereka sendiri, sampai sanggup menjalankan kempen mencemar nama baik pihak lawan,” kata Anifah yang pernah memegang jawatan Menteri Luar Negeri.

Anifah berkata, tindakan Shafie itu tidak beretika serta tidak profesional dan menasihati beliau menghentikan politik kotor yang melibatkan keluarga orang lain.

“Saya tidak akan membuang masa ke atas ahli Parlimen Semporna tersebut. Saya akan menangani isu ini selepas pilihan raya.

“Sekarang ini, apa yang penting bagi saya adalah tetap fokus kepada rakyat Sabah,” katanya.

Gimik politik 26 bulan Shafie berkuasa

Sementara itu netizen dalam terhadap tuduhan Shafie Apdal itu berkata Shafie sebagai Ketua Menteri sepatutnya ketika berkuasa 26 bulan jika terdapat dakwaan salah laku mengambil tindakan seperti merampas tanah dan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Bukan tindakan populis sekarang

“Shafie dan Warisan sedang mengalihkan isu Warisan dikaitkan dengan dalang projek IC kepada IMM13 serta Alias Sani bekas tahanan ISA yang terlibat pengganas. Oleh itu Shafie akan muncul dengan isu yang kononnya salah laku Musa dan Anifah”.

“setiap kali Shafie stress pasti dia akan muncul dengan serangan baru kepada Musa dan Anifah Aman Presiden PCS sekarang”. Kata Yusof Mohammad seorang pengguna facebook

17 Comments