Hipokrasi 1: 26 bulan Warisan, Shafie gagal bertindak tapi berkuasa lantik sepupu sebagai pengurus balak Yayasan Sabah!
01:09 Sep 17, 2020  |  By SabahKini2
Hipokrasi 1: 26 bulan Warisan, Shafie gagal bertindak tapi berkuasa lantik  sepupu sebagai pengurus balak Yayasan Sabah!

Sejak berkuasa Shafie melakukan apa saja henti, tangguhkan projek kerajaan lama. Mengapa sekarang? kalau ada kesalahan sepatutnya dibuat masa berkuasa. Tapi bagi urusan balak dan perhutanan boleh pula lantik sepupu sendiri untuk kontrol projek balak

Berhadapan tekanan persepsi Parti Warisan parti PTI dan terbaru Warisan membela pengganas sehingga calonnya daripada tahanan ISA kes Jemaah Islamiah yang berkait dengan keganasan di Indonesia nampaknya terbawa-bawa ke Kunak Sabah.

Berucap di Kunak nampaknya Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal terus dibayangi mimpi ngeri pesaingnya Datuk Seri Anifah Hj Aman dengan mendedahkan kononnya dua kontrak tanah milik Yayasan Sabah yang diberikan selama 100 tahun kepada ahli keluarga Tan Sri Musa Aman dan Datuk Seri Anifah Aman pada tahun 2015 dan 2018.

Sudah tentu harapan Shafie dengan pendedahan ini kononnya serangan terhadap Warisan itu mampu dialihkan.

Tuduhan Shafie Apdal

Tanah yang dimaksudkan Shafie berkeluasan 11,000 hektar dan 50,000 hektar terletak di Hutan Simpan Kalabakan yang diberikan kepada Jawala Plantation Sdn. Bhd. (Jawala Plantation) dan Rentak Hasil Sdn. Bhd. (Rentak Hasil).

Kedua-dua perjanjian itu berakhir pada tahun 2115 dan 2118. Hutan Simpan Kalabakan di Sepulut 11,000 hektar dari tahun 2015 sampai 2115 Hutan Simpan Sepulut siapa dibaginya, Jawala Plantation. Shafie mengaitkannya dengan milik Tan Sri Majid Khan dan Elbert Lim.

Anak syarikat Yayasan Sabah, Sabah Softwood Sdn Bhd juga katanya memiliki 50,000 ekar tanah.

“Daripada 50,000 ekar dimiliki Sabah Softwood  ada satu kilang di tengah-tengah Softwood ini nama dia Rentak Hasil Sdn. Bhd.

Rentak Hasil anak syarikat Softwood dimiliki oleh Softwood 50 peratus selebihnya dimiliki oleh Datuk Robert Tan dan William Tan selain dua syarikat yang mempunyai sedikit pegangan saham.

Softwood milik Yayasan Sabah ini mempunyai perjanjian minyak CPO kelapa sawit 100,000 tan setiap satu tahun. Semuanya mengikut harga pasaran. Syarikat yang JV dengan Yayasan Sabah ini terus meraih untung dari urus niaga ini. Yang dapat manfaat ialah Yayasan Sabah serta rakyat yang mendapat pekerjaan di kilang itu. Tiada syarikat ketika itu mahu melabur di Kalabakan yang jauh. 

Semakan menunjukkan perjanjian JV antara Softwood Berhad dan Rentak Hasil dimeterai pada 11 Disember 2002 lagi. Bukan baru. Lesen operasi kilangnya pun diluluskan di zaman Tun Lim Keng Yaik sebagai Menteri Perusahan Utama. Ketika itu Ketua Menteri Sabah pun bukan Tan Sri Musa Aman lagi. Sama ada ia di zaman Osu Sukam atau Chong Kah Kiat yang pasti bukan diluluskan oleh Musa Aman. Jadi sesiapa juga penama dalam Syarikat Rentak Hasil Sdn Bhd bukan isu.

 

Hipokrasi Shafie Apdal

Shafie Apdal mendakwa Yayasan Sabah memiliki 1 juta hektar tanah (2.47 juta ekar). Daripada satu juta ekar tanah katanya hampir 700,000 ekar tidak jelas dimiliki oleh siapa.

Sejak berkuasa 12 Mei 2018 Shafie bertindak menggunakan kuasanya menghentikan segala projek serta konsesi kerajaan lama. Dari konsesi bekalan air, pemilikan tanah hingga projek balak. Malah projek Pan Borneo pun dihenti serta diberi semula kepada JKR atas tujuan menukar kontraktor tidak sehaluan dengan Warisan.

SFI: Mahkamah benarkan injunksi firma Syed Mokhtar halang kerajaan Warisan, GTC, Syarikat China

Begitu juga kes Sabah Forest Industries (SFI) apabila Shafie menamatkan lesen balak Pelangi Prestasi Sdn Bhd (PPSB) milik taikun Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari semata-mata demi syarikat daripada China Lee & Man Paper. PPSB menyaman Kerajaan Negeri, Grant Thornton(Receiver & Manager, R&M)  dan Lee & Man Paper. Kesannya pekerja SFI tidak dibayar gaji hingga hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN -1000 pekerja SFI sengsara: Komplot Kerajaan Warisan, GTC, syarikat China singkir syarikat Bumiputera PPSB! ]

[ARTIKEL BERKAITAN - SFI: Mahkamah benarkan injunksi firma Syed Mokhtar halang kerajaan Warisan, GTC, Syarikat China ]

Warisan boleh menghadapi saman RM1.5 bilion hanya setahun lebih pentadbirannya. Shafie dan Warisan malah berbangga dengan  saman-saman itu. 

Shafie juga boleh menghentikan eksport balak Mei 2018 serta merta atas alasan mahu memperkasa ekonomi perkayuan, alam sekitar serta melantik Yayasan Sabah sebagai pengurus projek perhutanan negeri.

Sepupu atur projek balak Yayasan Sabah. Taikun-taikun menyembah mereka sekarang

Dengan kuasa yang ada bagi mengawal industri balak melalui Yayasan Sabah, Shafie melantik sepupunya  Datuk Hj Mohd Salleh Haji Abbas sebagai Pengurus Besar Bahagian Perhutanan dan Haji Miskon Simin orang Semporna di Yayasan Sabah sebagai Monitoring & Compliance Manager Bahagian Perhutanan bersama dengan Datuk Salleh Hj Abbas.

Maka tidak hairanlah Yayasan Sabah sekarang penuh dengan suku sakat Shafie Apdal, Jamalul Kiram. Semua mereka sapu daripada perjawatan hingga projek Yayasan Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Mengejutkan! Yayasan Sabah dikuasai keluarga suku sakat Shafie Apdal, Jamalul Kiram ]

Malah Yayasan Sabah boleh melantik syarikat pembalakan dan perkayuan baru seperti Priceworth International Bhd pada bulan September dan Oktober 2019. Anak syarikat Yayasan Sabah (Rakyat Berjaya Sdn Bhd) dilaporkan memiliki 30 peratus saham Priceworth International Bhd. 

Ringkasnya Shafie boleh melakukan apa sahaja ketika sebagai Ketua Menteri. Dia petik jari dia dapat. Dia boleh buka fail, tamatkan kontrak dan segala macam.

Persoalannya. Mengapa selepas 26 bulan barulah Shafie terkejar-kejar ke sana ke sini membawa dokumen kononnya mendedahkan Projek Musa Aman dan Anifah? Mengapa tidak beliau sebagai Ketua Menteri 26 bulan lalu melakukan seperti di atas?

Jika benar 700 ribu ekar tanah hilang atau diperolehi secara tidak jujur lapor polis dan ambik tindakan. Mengapa sejak dua tahun lalu ketika Dr Mahathir dalam genggamannya, polis dan Peguam Negara di tangannya Shafie gagal bertindak? Mengapa tidak SPRM yang Shafie banggakan sebelum ini kerana Datuk Shukri dan Lathefa Koya di tapak kakinya gagal menyiasat Musa malah Anifah. Mengapa ketika kempen PRN? Kalau Shafie jujur mahu mengambil tanah hilang dia sudah pasti melakukannya. 

Isunya beranikah Shafie? Sebab apa? sebab Shafie tahu dia tak akan punya bukti kuat membawa kes itu. Cara yang dia ada hanyalah tembakan persepsi di luar. Shafie tahu jika kes di bawah ke mahkamah akan melalui perjalanan panjang. Dan jika dia kalah PRN kali ini kes penyelewengan KKLW RM1.5 bilion pasti mengheretnya. Peter Anthony menterinya saja sudah didakwa 3 kali. Shafie tiada pilihan dia kena habis-habisan lawan dan menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Interim menyelamatkan diri. 

Jadi Shafie Apdal jangan hipokrit. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Takut sangat ke Shafie dengan saya kata Anifah. ]

 

16 Comments