Anak Bekas Ketua Setiausaha Politik Shafie Apdal didakwa rasuah lagi RM106,500
22:09 Sep 17, 2020  |  By SabahKini2
Anak Bekas Ketua Setiausaha Politik Shafie Apdal didakwa rasuah lagi RM106,500

Pemimpin Warisan tidak dapat dipisahkan dengan rasuah dan komisen projek. Sebelum ini Timbalan Wira Warisan Semporna ini rasuah RM3.1 juta kini RM106,500 pula dengan 6 pertuduhan baru. Ada lagi?

Bekas setiausaha sulit kanan (SUSK) kepada Datuk Mohammad Ketapi bekas menteri pelancongan didakwa atas enam pertuduhan lagi meminta dan menerima suapan berjumlah RM106,500 berhubung projek perkhidmatan pengiklanan pelancongan.

Mohd Saifullah Mohd Minggu @Hisham, 29, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik sahaja keenam-enam pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

 

Saifullah merupakan anak bekas Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Hisham Abdul Fattah yang meninggal dunia di Hospital Gleneagles januari tahun lalu.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keenam, Mohd Saifullah sebagai setiausaha sulit kanan kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang bertugas di kementerian yang sama di Putrajaya didakwa telah menerima suapan daripada Ronald Seri Kong Seng, pemilik syarikat Inter Bev Network Sdn Bhd.

Keseluruhan wang suapan itu sebagai upah tertuduh berjanji untuk mendapatkan tender Perkhidmatan Penghasilan Penjenamaan dan Kreatif Bagi Pasaran Negara-Negara Asia Utara dan Asia Timur Tourism Malaysia kepada syarikat Inter Bev Network Sdn Bhd.

Mohd Saifullah didakwa melakukan perbuatan itu di No 13, Jalan Menteri U1/85, Temasya Anggun, Glenmarie, Shah Alam; Petronas Dengkil, Jalan Baiduri, Pekan Dengkil; Burger King Kota Damansara dan Ambank Berhad Bandar Puteri, Puchong antara 21 Disember 2018 hingga 30 Mac 2019.

Bagi kesemua pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga didakwa berjanji mendapatkan tender “RFP-Global Advertising Agency And Promotion For Tourism Malaysia” untuk Plan B Digital Sdn Bhd.

Saifullah turut didakwa secara rasuah meminta RM16,500 daripada Seto melalui Roslan Lahada pembayaran deposit dan sewaan sebuah rumah di unit B-36-1, Vipod Residences, No 6 Jalan Kia Peng di Kuala Lumpur, melalui cek Maybank.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Muhammad Asyraf Mohamed Tahir memohon keenam-enam pertuduhan itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi dibicarakan bersama 18 lagi pertuduhan pada 19 Ogos lalu.

Hakim menetapkan sebutan kes bagi enam pertuduhan itu bersekali dengan 18 pertuduhan lalu pada 23 September depan.

Pada 19 Ogos lalu, Saifullah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 18 pertuduhan menerima dan meminta rasuah lebih RM3.1 juta daripada pemilik sebuah syarikat bagi mendapatkan tender perkhidmatan pengiklanan di bawah kementerian itu.

ARTIKEL BERKAITAN- Warisan Parti Rasuah: Hanya Timbalan Wira Warisan Semporna tapi hidup mewah bersama tunang, rembat RM3.1 juta

Tunangnya, Nurfadziana Abdul Kadir, 28, turut mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan bersubahat dengannya dalam menerima suapan berjumlah RM232,000.

 Warisan Parti Rasuah: Hanya Timbalan Wira Warisan Semporna tapi hidup mewah  bersama tunang, rembat RM3.1 juta

 

 

 

16 Comments