Rakyat Bongawan tolak Dr Daud utamakan Pegawai Sarawak, dendam pinggirkan KDM
02:09 Sep 19, 2020  |  By SabahKini2
Rakyat Bongawan tolak Dr Daud utamakan Pegawai Sarawak, dendam pinggirkan KDM

26 bulan sebagai adun dan pembantu menteri rupanya yang menguasai Dr Daud hanya seorang pegawai khas berstatus pemandu. Pegawai dibenci rakyat Bongawan pemimpin Warisan. Daud juga berdendam dengan KDM ekoran kekalahan di PDM KDM. Maka.

Orang Bongawan sebelum ini yakin Dr. Daud Yusuf tidak akan dicalonkan semula sebagai Calon Dun Bongawan memandangkan prestasi terburuknya sebagai wakil rakyat dan juga Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan.

Tiada apa yang boleh dibanggakan ketika Dr Daud sebagai Adun di Bongawan. Pembangunan Kimanis umumnya seperti Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT)  dibawa oleh Datuk Seri Panglima Anifah Aman bekas MP Kimanis. Jika tidak semua projek terminal minyak gas hanya akan bertumpu di Bintulu dan Semenanjung. Kerjanya jalan-jalan dengan taikun cina ke China dan lain-lain. Hasil tak ada sangat pun. 26 bulan Bongawan masih seperti itu juga. 

Selain Dr Daud gagal berfungsi sebagai ahli politik yang baik di Bongawan dua isu besar sering melingkari Dr Daud ialah isu Pegawai Khas Dr. Daud Yusuf, Arzizan Zaini orang Sarawak yang sangat dibenci oleh orang Bongawan.

Semakan di Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah status beliau adalah sebagai Pemandu Kenderaan namun dinaikkan sebagai Pegawai Khas Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan.

 

26 bulan Warisan memerintah rakyat Bongawan minta Pegawai Khas ini ditukar namun tidak pernah dilakukan dan kini bagi meraih sokongan orang Bongawan Dr Daud terpaksa mengambil jalan memecatnya sebagai pegawai khas ketika PRN Sabah berlaku. Mengapa sekarang bukan dua tahun lalu? Sebab tahu isu Arzizan Zaini bakal memburukkan dirinya.

Sekian lama Dr Daud ditegur sebagai orang Bongawan agar lantik pegawai khas orang kawasan yang memahami denyut nadi rakyat Bongawan Kimanis. Tetapi tidak terus mengekalkan pegawai khas yang sombong dan kaki projek.

Di mana ada bos disitu ada Pegawai Khas

Rakyat Bongawan melihat ini hanyalah wayang Dr Daud kerana selepas PRN ini Arzizan Zaini yang tahu rahsia serta kelemahannya pasti dilantik semula sebagai Pegawai Khas.

Hakikatnya, Arzizan Zaini masih tetap berkuasa malah menjadi 'tangan ghaib' sekiranya Dr. Daud kembali berkuasa sebagai wakil rakyat sekaligus kekal menjadi 'mimpi ngeri' buat warga Bongawan.

Rakyat Bongawan pasti tidak lupa apabila Dr. Daud pernah berucap hingga mengalirkan airmata memuji pegawai khasnya itu kononnya bekerja keras sedangkan ramai lagi penyokong yang bekerja keras menolongnya menang sebagai Adun sebelum ini.

Dr Daud mengeluarkan air mata menceritakan pahit getir dan pengorbanan pegawai khasnya itu membabitkan kewangan, masa dan tenaga semasa mula-mula berjuang untuk menaikkan Warisan di Bongawan.

Berapa ramai pejuang Warisan di Bongawan tidak dihargai oleh Dr Daud?  Pejuang yang layak sebagai pegawainya dipinggir sebaliknya hanya pegawai khasnya berstatus pemandu kenderaan disanjung yang kononnya sanggup berkorban, bekerja, membantu beliau sehingga berjaya menjadi wakil rakyat dan pembantu menteri.

Ketika nama Dr Daud hampir digugurkan calon dan cubaan meletakkan Puan Saliah Mudin Timbalan Pengarah di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sabah, Dr Daud menjadi panas dan menggunakan para pengikutnya melobi dengan Shafie Apdal mengekalkannya sebagai wakil rakyat Dun Bongawan.

Dr. Daud juga terpaksa membuat satu MoU bersama pejuang Warisan diketuai Setiausaha Warisan Bahagian Kimanis, Zainal Matali agar kembali menyokong parti itu.

Zainal sebelum ini antara pemimpin lantang mengkritik kredibiliti Dr. Daud dan pegawai khas beliau itu malah menjadi 'tempat' mengadu semua pejuang yang tidak dipedulikan Dr. Daud sepanjang menjadi wakil rakyat kawasan ini.

Perang Karim Bujang dan Dr Daud

Umum di Bongawan mengetahui masalah dalaman Warisan Kimanis termasuk Ketua Bahagiannya, Datuk Karim Bujang yang turut kecewa dengan tindakan Dr Daud dalam isu berkenaan. Karim dan Dr Daud saling jatuh menjatuh untuk menguasai Bahagian Kimanis.


Ketika PRK Kimanis Dr Daud mahu Karim kalah. Ketika PRN Karim mahu Dr Daud kalah...Jika Dr Daud ada jawatan
negeri beri kesan buruk kepada Karim di Bahagian Kimanis

Karim dan Dr. Daud bergaduh besar kerana Pegawai Khas bernama Arzizan Zaini ini. Banyak salah laku pegawai khas ini sentiasa dipertahankan Dr. Daud. Pemimpin dan pegawai saling bercakaran antara satu sama lain.

Sentimen warga Brunei dan pejuang Warisan Bongawan menolak pegawai khas dari Sarawak menguasai Dun Bongawan akan terus menghantui Dr Daud. Rakyat tidak mahu bertuankan lagi Pegawai Khas yang lebih sudu dari kuah ini seperti Dr Daud tidak berfungsi semuanya pegawai khas.

Dr Daud akan singkir Kadazan Dusun Murut

Isu kedua terbesar yang menghantui Dr Daud ialah rakyat KDM Bongawan dan Kimanis tahu Dr Daud akan meminggirkan masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut (KDM) di kawasan Peti Undi KDM malah jawatan Unit Pegawai Pembangunan Masyarakat (UPPM) juga akan kembali kepada bangsa Brunei.

Menurut sumber dalaman Warisan Bahagian Kimanis, calon Warisan Dr. Daud Yusuf sudah tidak mempercayai KDM ekoran kekalahan pada pilihan raya kecil (PRK) Kimanis, baru-baru ini.

Pada PRK Kimanis Januari lalu, semua kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) KDM Warisan kalah teruk walaupun di bawah jagaan Presiden KDM yang juga Naib Presiden Warisan, Datuk Peter Anthony. Berjuta wang dihambur tetap kalah. Pengundi Kimanis jelas menolak pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) yang cuba menyatukan 3 dokumen warga asing agar mereka hidup seperti rakyat Malaysia di negara ini.Rakyat Sabah menolak dasar mesra PTI Warisan berbanding untuk orang asal. 

Dr. Daud dilaporkan hilang kepercayaan terhadap kesetiaan bangsa KDM dan memastikan jawatan UPPM tidak lagi diberikan kepada kaum tersebut jika Warisan menang selepas ini.

Dr. Daud mendakwa jika jawatan UPPM diberi kepada KDM ketidakcekapan pegawai UPPM dari KDM dalam tadbir urus kawasan Dun akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan warga Brunei.

Dilaporkan pegawai UPPM KDM sebelum ini budak Datuk Peter Anthony yang hanya pandai menjaga kroni-kroni dan dirinya sendiri selain sering menghilangkan diri sekiranya ada rakyat yang ingin bantuan atau pun penyelesaian sebarang masalah di kawasan ini.

Dr Daud yakin tanpa KDM, Warisan tetap menang majoriti dengan sokongan kaum Brunei sahaja. Bangsa Brunei katanya berkuasa di Bongawan dan Kimanis   

Kaum KDM yang selama ini tidak berpuas hati dengan Pegawai Khas Dr Daud masa inilah ‘unite’ menolak calon Warisan. Ada Dr Daud maka Arzizan Zaini orang Sarawak menjadi Pegawai Khas utama projek dan masyarakat KDM gigit jari dari dilantik pegawai UPPM.

by

Pejuang Asal Warisan

7 Comments