Hipokrasi 3: Terbukti Shafie Warisan, PH DAP 'Penternak' Pengganas di Malaysia!
13:09 Sep 19, 2020  |  By SabahKini2
Hipokrasi 3: Terbukti Shafie Warisan, PH DAP 'Penternak' Pengganas di Malaysia!

Selepas digasak calon Warisan anggota Pengganas JI akhirnya Shafie tampil pertahankan Alias Sani yang pernah di'ISA'kan. Tak mungkin KDN tahan Alias 5 tahun tanpa sebab.Lihat saja PH DAP mereka pertahan pengganas LTTE sehingga dibebaskan

Susulan pendedahan calon Warisan Dun N53 Sekong Alias Sani bekas tahanan ISA 5 tahun lalu kerana terlibat dengan kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (JI) dan Kumpulan Militan Malaysia menyebakan Warisan bertungkus lumus menjawab isu itu.

Datuk Seri Shafie Apdal Presiden Warisan juga turun gelanggang menepis menyelamatkan Alias Sani tidak mempunyai sebarang rekod dalam pergerakan militan. Siapa Shafie menafi sedangkan Alias sendiri mengaku ditahan ISA selama 5 tahun. Shafie faham ke maksud ditahan ISA lebih 4 tahun?

[ARTIKEL BERKAITAN- Calon Warisan mengaku ditahan ISA tapi rahsiakan dirinya ahli JI pertubuhan pengganas ]

Tak mungkin polis menahan seseorang tanpa bicara di bawah ISA jika tidak kerana perbuatan surversif yang boleh mengancam keselamatan negara. Dua tahun tempoh penjara dan setiap dua tahun dinilai oleh panel penilai KDN sama ada dibebaskan atau tidak. Yang pasti Alias Sani ditahan lebih 4 tahun membuktikan penglibatannya dengan organisasi militan seperti JI yang punya rangkaian Al Qaeda ini mempunyai kes yang berat dan sangat serius.

Tidak cukup itu Aktivis Politik Jufazli Shi Ahmad dalam youtubenya mengecam Shafie Apdal dan Warisan mengenai calon Warisan Alias Sani sebagai pengganas. Siaran video bertajuk ‘Mengejutkan! Shafie Apdal Hantar Pengganas Teroris Jadi Calon Warisan Dalam PRN Sabah?’ menyebabkan Alias Sani membuat laporan polis kononnya difitnah oleh Jufazli


Teguran keras Jufazli mengundang report polis Alias

Komen-komen dalam media sosial nampaknya sangat berat menunjukkan anggota militan sudah mula masuk secara rasmi dalam parti terutama Warisan.

Jika ini satu permulaan golongan ekstremisme dalam parti Warisan ia sudah tentu boleh dianggap rekrut baru golongan militan menyertai parti

Ia sudah tentu mengesahkan lagi Laporan kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengenai keganasan pada tahun 2018 bahaya peranan berterusan Malaysia sebagai "sumber dan titik transit" bagi kumpulan pengganas seperti Islamic State (IS).

Ia termasuk Pembiayaan dana pengganas IS, Kumpulan Abu Sayyaf, al-Qaeda dan Jemaah Islamiah

Laporan itu menyatakan pengganas Malaysia terus menjadikan Filipina sebagai destinasinya.

"Ahli gabungan IS aktif di Filipina pada tahun 2018 termasuk menjadi sebahagian daripada Kumpulan Abu Sayyaf, Kumpulan Maute, Ansar al-Khalifa Filipina (AKP) dan elemen Pejuang Pembebasan Islam Bangsamoro (BIFF).

Semua kumpulan militan ini asasnya punya kaitan dengan IS, Jemaah Islamiah dan Al Qaeda.

Muhyiddin tidak kompromi Ekstremisme dan militan

Hari ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerajaan Perikatan Nasional tegas tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk amalan ekstremisme yang boleh menggugat keharmonian kaum, ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Perdana menteri berkata, tindakan tegas berlandaskan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang menyebarkan amalan dan fahaman ekstremisme tanpa mengira agama.


PM tujukan kepada geng-geng JI, KMM, IS di Malaysia ni

“Dalam usaha kita membela dan mempertahankan kesucian agama Islam dan kemurnian akidah umat Islam, suka saya ingatkan supaya kita tidak mengambil pendekatan yang ekstrem atau melampau sehingga menimbulkan keresahan dalam masyarakat majmuk.

“Kita mesti ingat Malaysia adalah negara majmuk yang sentiasa mementingkan kesederhanaan dan keharmonian dalam hubungan kaum dan agama,” katanya sewaktu berucap dalam perjumpaan khas bersama pemimpin NGO Islam hari ini.

Katanya, rakyat menyuarakan kebimbangan terhadap cabaran besar dihadapi umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.

“Antaranya ialah pelbagai bentuk perkembangan baru dalam pemikiran dan cara hidup masyarakat yang dilihat mengancam akidah dan akhlak umat Islam…”

“Saya perhatikan perkembangan ini mewujudkan keresahan dalam kalangan umat Islam di Malaysia, yang kita tahu berpegang teguh kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah” katanya

Sekalipun Muhyiddin tidak menyebut kumpulan militan seperti Jemaah Islamiah, IS, Al Qaeda, Abu Sayyaf, Islamic State (IS) dan lain-lain tetapi cukup jelas kumpulan ekstremisme tidak boleh dibiarkan.

Apatah lagi Shafie dan beberapa pemimpin Warisan yang memang mesra dengan kerajaan Filipina kerana hubungan kekeluargaan lampau.

Shafie Apdal dan Sultan Sulu

Dasar PH sokong Pengganas- DAP dan LTTE

Sementara itu Oktober 2019 negara dikecohkan dengan tangkapan Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan seorang ketua pegawai perbadanan didakwa di Mahkamah Sesyen di Melaka atas pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE, kumpulan pemisah yang terbabit dalam perang saudara lebih tiga dekad di Sri Lanka.

G Saminathan, Exco Kerajaan Negeri Melaka dan P Gunasekaren ADUN Seremban Jaya ditahan Bukit Aman di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

LTTE adalah kumpulan pengganas di Sri Lanka. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah menyenaraikan mereka sebagai kumpulan pengganas dan selaras itu, ia diharamkan di Malaysia dan diikuti 32 negara lain.

[VIDEO] Dua Adun DAP terlibat Pengganas LTTE ditahan polis, selepas ini P Ramasamy? ]

[VIDEO] Dua Adun DAP terlibat Pengganas LTTE ditahan polis, selepas ini P Ramasamy?

Peguam Negara bebaskan DAP LTTE

Lebih menyakitkan hati pada Februari 2020, Peguam Negara ketika itu Tommy Thomas menarik balik pertuduhan terhadap 12 tertuduh yang dikaitkan dengan aktiviti Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) berkuat kuasa serta merta. Selepas siri perbicaraan Tommy me

Ia selepas pihaknya melihat tidak ada prospek jelas untuk sabitan ke atas mana-mana 34 pertuduhan yang dikenakan terhadap tertuduh.

Jelas Tommy, keputusan muktamad itu dibuat berdasarkan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

 

Arahan Dr Mahathir bebaskan Pengganas LTTE

Pada 12 Februari 2020, PM7 Tun Dr Mahathir Mohamad, telah menulis sepucuk surat rasmi kepada Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin “Saya berpendapat tidak ada sebab kita teruskan label LTTE sebagai terrorist… Saya fikir eloklah jika dikeluarkan LTTE dari senarai terrorist.”

Bagaimanapun jawapan balas Tan Sri Muhyiddin selaku Menteri Dalam Negeri ketika mengekalkan penyenaraian LTTE sebagai kumpulan pengganas. Kumpulan ini dipercayai masih mempunyai ideologi yang boleh menimbulkan ancaman terhadap ketenteraman awam dan keselamatan negara.

[ARTIKEL BERKAITAN -LTTE pengganas, Peguam Negara tiada kuasa campur urusan KDN, kata Muhyiddin ]

Nampak tak betapa hipokritnya Shafie, Warisan dan Pakatan Harapan (PH). Mereka memang pembela Pengganas!

8 Comments