Hipokrasi 4: Najib persoal lagi projek RM1.5b belum laksana Warisan Plus sudah bayar jutaan ringgit
10:09 Sep 20, 2020  |  By SabahKini2
Hipokrasi 4: Najib persoal lagi projek RM1.5b belum laksana Warisan Plus sudah bayar jutaan ringgit

Hipokritnya Shafie, Peter dan Warisan. Mereke bercakap soal integriti ketelusan tetapi projek rundingan terus mereka memusykilkan. Syarikat diberi syarikat lemah malah terlibat skandal RISDA. Menurut sumber projek tak jalan tapi 'claim' dah bayar!

Najib sekali lagi mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan telus sekali gus menuntut jawapan mengenai cara bagaimana kontrak projek jalan raya di Sabah diberikan. 

Dalam hantaran di Facebook Najib menggesa pemimpin Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) selain orang ramai supaya mendapatkan jawapan tentang bagaimana projek jalan raya diberikan.

Bermula 14 Februari 2020 Sabahkini2 membongkar skandal rasuah Datuk Peter Anthony dan Pengarah JKR Sabah Datuk Ir Richard Jomiji Kinsil bernilai lebih RM1.5 bilion diberikan kepada 5 syarikat tanpa tender. Artikel pertama ini mengundang reaksi marah Peter Anthony sehingga mahu bertindak menyaman Sabahkini2. Namun siri seterusnya terus membongkar misteri apabila penama syarikat tertuduh dalam kes RISDA melibatkan Peter dan Michael Ubu merupakan salah seorang Pengarah dalam syarikat AK Kontraktor Sdn Bhd. 


Sebelum LOA projek RM1.5B didedahkan.
Sudah dedah LOA  dia kata Shafie Apdal Menteri Kewangan luluskan projek

EMPAT siri pendedahan Sabahkini2 skandal projek JKR RM1.5 bilion menunjukkan 5 syarikat dilantik secara lantikan terus. Bagaimanapun 4 syarikat kroni itu lebih kontroversi kerana mendapat projek bernilai RM325 juta sehingga RM500 juta. 4 siri itu ialah;

  1. 14 Februari: Terbaru! Peter Anthony, Pengarah JKR Sabah bersekongkol rasuah beri syarikat kroni lebih RM1.5B tanpa tender

  2. 19 Februari: Skandal JKR RM1.5B: Mengejutkan! Kroni Peter Anthony dalam kes Michael Ubu RISDA diberi ratusan juta kontrak

  3. 22 Februari: Kantoi 'LOA' AK Kontraktor, AK Setiabina RM725 juta terdedah, Pengarah JKR Ugut Pegawai?

  4. 4 Mac: Skandal JKR RM1.5B: Peter Anthony beri projek syarikat kroni, mana SPRM?


SPRM hanya memanggil Peter Anthony kali kedua pada jun 2020 mengenai projek RM1.5B ini. Tetapi sehingga sekarang nampaknya SPRM masih berdiam. SPRM tahu Safineh Doto penama syarikat AK Kontraktor Sdn Bhd kroni Peter yang terlibat dalam kes RISDA. 

Kontraktor telah dibayar

Hari ini maklumat Pegawai JKR Sabah dalaman memaklumkan  projek Rundingan Terus RM1.5B belum dilaksana tetapi pembayaran telah dibuat kepada 5 syarikat di atas. Semua ini demi PRN Sabah untuk mengutip wang komisen syarikat untuk dana Pilihanraya Peter dan Parti Warisan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Mana SPRM? Skandal 'Rundingan Terus' RM1.5B Peter, projek belum laksana bayar dahulu 'pau' dana pilihanraya ]

SPRM mesti menyiasat semula projek RM1.5b ini. Bagaimana projek yang tidak dilaksana tetapi tuntutan bayaran kerja sudah dibayar kepada semua syarikat. Ini sangat mencurigakan. Jika benar ia salah guna kuasa Datuk Peter Anthony dan Ketua Menteri yang juga Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Shafie Apdal.

Shafie tidak pernah mengulas lanjut mengenai projek ini malah mengarahkan Peter berdiam diri agar tidak melayan isu ini. Biarkan rakyat tak tahu.

Nampak tak betapa hipokrasinya Shafie Apdal dan geng-geng Warisannya. Setiap hari mereka bercakap mengenai integriti jangan rasuah tetapi merekalah pencuri sebenar.Rakyat tak perlu BRIM dan BPN tetapi mereka kaya raya wang rasuah.

______________________________________________

IKUTI TULISAN NAJIB DALAM FACEBOOKNYA

Projek penyelenggaraan jalan bernilai RM1.45 bilion diberi secara rundingan terus oleh kerajaan Warisan Sabah kepada 4 buah syarikat dengan pendapatan sifar!

Baru-baru ini, media memainkan isu jalan tak bertar di Sabah. Sebab itu, saya ulas isu ini.

Pada bulan Januari 2020 ini, warga JKR Sabah yang tidak puas hati telah memberi maklumat kepada sebuah media portal tempatan.

Lalu Menteri Pembangunan kerajaan Warisan Sabah ugut nak saman portal tersebut (tapi sehingga kini tak saman) kerana dakwa dia difitnah.

Walaupun dia mengaku memang projek-projek itu telah diberi, dia kata bukan dia yang beri secara rundingan terus kerana dia tak ada kuasa. Kuasa adalah dari Menteri Kewangan Sabah (yang juga Shafie Apdal).

      "18 Februari 2020: Peter akan saman portal kerana sebar fitnah"

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/02/656582/peter-akan-saman-portal-kerana-sebar-fitnah?fbclid=IwAR3t7z3CzeQEDgZf4ju0WOfsgR0PjRjkMMZ5Li5eoLtWseadU4P9AdFJ7Cw

Empat syarikat yang diberi projek secara rundingan terus seperti dalam senarai warga JKR Sabah adalah seperti berikut:

  1. A.K. Setia Bina (projek bernilai RM400 juta)

Modal berbayar syarikat RM1.24 juta. Pendapatan tahun 2019 ialah RM0.00. Rugi RM320 ribu.

  1. Borneo Nabalu Builders (projek bernilai RM500 juta)

Modal berbayar syarikat RM750 ribu. Pendapatan tahun 2019 ialah RM0.00. Rugi RM12 ribu.

  1. Sinaran Mewah (projek bernilai RM325 juta)

Modal berbayar syarikat RM800 ribu. Pendapatan tahun 2019 ialah TIADA. Untung/Rugi Tiada.

Penyata kewangan syarikat ini belum wujud sebab syarikat cuma ditubuhkan dengan modal berbayar RM800 ribu pada bulan Mac 2019.

Tubuh bulan Mac 2019, dapat projek RM325 juta 10 bulan kemudian pada Jan 2020)

 

  1. AK Kontraktor (projek bernilai RM325 juta)

Modal berbayar syarikat RM1 juta. Pendapatan tahun 2019 ialah RM0.00. Rugi RM1.1 juta.

Pada bulan Jun lalu, saya pernah tulis secara detailed tentang projek RM325 juta ini diberi kepada syarikat AK Kontraktor (siap sertakan bukti surat terima setuju kontrak) di mana pemilik terbesar syarikat juga pemilik syarikat yang dinamakan dalam tuduhan SPRM di mahkamah pernah digunakan oleh Peter untuk songlap duit RISDA.



Najib: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157117184040952

Tapi Peter dan geng PH tak berani jawab. Nak saman atau tuduh saya fitnah pun tak mahu.

Itu dia! Projek bernilai RM1.45 bilion diberi secara rundingan terus oleh kerajaan Warisan Sabah kepada 4 syarikat dengan pendapatan sifar - termasuk sebuah syarikat baru ditubuh 10 bulan dan sebuah lagi yang berkait dengan kes rasuah RISDA menteri Warisan.

Selain itu, warga JKR Sabah juga dedahkan kos untuk satu projek di atas telah dikurangkan skop tetapi dinaikkan harga pula dari RM190 juta kepada RM300 juta.

Kita juga dimaklumkan bahawa kerajaan Warisan Plus Sabah sudahpun membayar jumlah yang agak besar untuk projek-projek di atas walaupun kerja belum bermula.

Pengundi, pemimpin PN/BN dan media perlu tanya geng Warisan PLUS jika apa yang saya bongkarkan di sini adalah sahih dan tanya juga jika ini adalah contoh kerajaan bersih dan telus seperti dilaung-laungkan PH Plus.

 By 

Najib Razak

2 Comments