Mohamaddin Ketapi Warisan dikecam hina polis, tentera tembak ayam anjing sahaja
06:09 Sep 21, 2020  |  By SabahKini2
Mohamaddin Ketapi Warisan dikecam hina polis, tentera tembak ayam anjing sahaja

Esok Seramai 16,877 pengundi awal terdiri daripada anggota tentera dan polis akan mengundi di 55 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16. 7,487 anggota tentera dan 9,390 anggota polis jangan undi Warisan

KOTA KINABALU – Netizen, pemimpin parti dan anggota keselamatan mengecam ucapan Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi yang didakwa menyifatkan peperangan berdarah di Kampung Tanduo pada tahun 2013 sebagai ‘sandiwara’.

Klip video yang tular memaparkan Ahli Parlimen Silam, Datuk Mohamaddin Ketapi menyatakan bahawa jet pejuang dan kereta kebal datang hanya menembak ayam dan anjing sahaja disamping memusnahkan kebun kelapa sawit penduduk di situ.

Sementara itu Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman kesal dengan ucapan yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin Parti Warisan Sabah (Warisan) berhubung pasukan keselamatan.

"Sepanjang peristiwa pertempuran Lahad Datu di Tanduo 2013, seramai 235 pengganas telah mendarat di bumi Sabah dari Pulau Siminul, Filipina. 10 orang anggota keselamatan Malaysia telah terkorban dalam pertempuran tersebut termasuk dalam beberapa serangan hendap.

"Pemimpin Warisan ini telah menyifatkan pengorbanan mereka sebagai 'sandiwara'," katanya.

Beliau yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan, kemudian mempersoalkan tindakan bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang dilihat tidak menghormati pasukan keselamatan di negara ini.

"Di manakah rasa hormat pemimpin Warisan ini kepada anggota keselamatan Malaysia yang telah terkorban semasa mempertahankan kedaulatan bumi Sabah?

"Ucapan beliau boleh disifatkan sebagai satu pengkhianatan kepada Sabah," katanya.

Bekas Menteri Luar itu turut menyifatkan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohamaddin menunjukkan pemimpin Warisan tidak menghargai pengorbanan wira negara ini.

"Jelas sekali kenyataan yang dikeluarkan menunjukkan betapa buta mata serta hati parti Warisan terhadap pengorbanan wira-wira negara, sekali gus melukakan hati keluarga dan rakan-rakan seperjuangan anggota keselamatan kita.

"Perbuatan dan pengkhianatan sedemikian sama sekali tidak boleh diterima dan seharusnya Warisan muhasabah dan malu dengan kenyataan yang jijik ini," katanya.

Sehubungan itu, Anifah mahu rakyat di negeri ini menolak pimpinan Warisan.

Tentera polis mengundi awal esok

Esok Seramai 16,877 pengundi awal terdiri daripada anggota tentera dan polis akan mengundi di 55 pusat mengundi esok bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16.

Proses pengundian itu akan bermula jam 8 pagi. Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak berkata, jumlah itu membabitkan 7,487 anggota tentera dan 9,390 anggota polis di seluruh negeri.

Kenyataan Mohammadin dan pemimpin Warisan ini pasti akan beri kesan kepada undi tentera dan polis 

21 Comments