Selepas diam seminggu Menteri KDN beri amaran pemilik Mykad palsu jangan berani mengundi
21:09 Sep 21, 2020  |  By SabahKini2
Selepas diam seminggu Menteri KDN beri amaran pemilik Mykad palsu jangan berani mengundi

Selepas kantoi isu ada pemegang IMM13 Filipina memiliki MyKad Palsu boleh menjadi AJK Bahagian parti bagai, kini Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang meneliti semua pendaftaran semula pengundi-pengundi yang ada. Menteri KDN bertindak!

KOTA KINABALU: Tular mengenai isu kad pengenalan palsu dan terdapat pemilik IMM13 yang kini mempunyai kad pengenalan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin memberi amaran kepada pemilik Mykad palsu yang cuba mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 Sabtu ini kerana mereka akan ditangkap serta- merta jika berbuat demikian.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) katanya sedang meneliti semua pendaftaran semula pengundi-pengundi yang ada.

“Untuk senarai pengundi, kita periksa dengan JPN sama ada semua nama mereka, nombor kad pengenalan (Mykad) yang ada benar-benar warganegara Malaysia ataupun Mykad palsu.

“Dan kita akan letakkan (penguat kuasa) di situ (pusat daerah mengundi) nanti, (periksa) yang ini orang asal, yang ini pemilik Mykad palsu. Kalau ada Mykad palsu kita akan tangkap dan dia tidak boleh mengundi.

“Saya diam selama seminggu ini sebab saya nak pasti nak tengok dahulu boleh ataupun tidak.

“Sekarang ini telahpun kita (KDN) bersetuju dengan JPN. Saya nak maklumkan kepada semua terutamanya mereka yang menggunakan Mykad palsu, jangan cuba-cuba datang untuk mengundi dan pastikan boleh tangkap dan terus masukkan mereka dalam penjara,” katanya di sini semalam.

Baru-baru ini tular isu AJK Wirawati Warisan Kalabakan pemilik IMM13 memiliki Kad Pengenalan Palsu atas nama Rohana Maksan. Terdapat pihak tertentu dipercaya pemimpin Warisan dan ‘orang dalam’ yang membantu Fauziah dan suaminya memiliki kad pengenalan atas nama Rohana Maksan.

Dalam satu surat  JPN bertarikh ogos dan video yang tular JPN telah membuat siasatan terhadap penama Rohana serta merampas kad pengenalan palsu itu. Namun setakat hingga kini tidak diketahui tindakan jelas daripada pihak berkuasa

[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Gempar! Shafie Ketua Menteri lindungi Rohana ‘Filipina IMM13’ AJK Wirawati Warisan guna IC ‘orang mati’ disiasat JPN ]

Rekod Warga Asing

Berdasarkan statistik Jabatan Imigresen Sabah pada 2018, direkodkan 1.2 juta pendatang asing di Negeri Sabah

Daripada jumlah tersebut, 450,000 adalah pendatang asing

250,000 orang pula diletakkan di bawah pengurusan Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS) terdiri daripada penduduk sementara, anak pelarian yang tidak mempunyai kad IMM13, orang yang mempunyai dokumen tetapi bukan terbitan imigresen, anak hasil perkahwinan orang tempatan dengan pendatang asing tanpa izin dan orang Palauh yang hidup secara nomad.

 

 

 

8 Comments