Projek Agropolitan Kabintaluan Kemabong gagal tapi Rubin Balang Kroni sapu balak
14:09 Sep 23, 2020  |  By SabahKini2
Projek Agropolitan Kabintaluan Kemabong gagal tapi Rubin Balang Kroni sapu balak

PRU14 Rubin sudah ditolak rakyat. Kini PRN 2020 Rubin bertanding lagi atas kerusi BEBAS 'jual nama' kononnnya ditaja Bersatu. Apa Rubin buat ketika wakil rakyat? Agropolitan Kabintaluan gagal tapi habis balak disapunya. Rakyat rugi dia kaya!

Sebelum ini dilaporkan pertembungan antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) di 17 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN). Ada beberapa kerusi berjaya diselesaikan namun tidak kurang pemimpin yang tidak dicalonkan seperti ketua bahagian UMNO Bersatu dan Ketua Wanita Bahagian protes bertanding bebas

Dua kerusi yang panas Ketua Bahagian Bertanding Bebas ialah Dun N43 Kemabong dan N33 Kuala Penyu.

Datuk Rubin Balang Ketua Bahagian Bersatu di Tenom dan Hj Mohd Fadzlee Lee Abdullah Ketua Bahagian UMNO Beaufort. Rubin Balang adalah bekas adun Kemabong dan Fadzlee kali pertama bertanding dalam PRN Sabah.

Kedua-duanya mendakwa mempunyai sokongan akar umbi jadi memilih untuk bertanding bebas. Umumnya jika pemimpin parti bertanding pilihanraya tanpa restu parti maka secara automatik terkeluar daripada parti.

Setakat ini tiada pengumuman daripada UMNO BN atau Bersatu tindakan diambil terhadap kedua-duanya. Berbeza dengan calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin dipecat daripada Bersatu. Begitu juga beberapa pemimpin PKR dan DAP yang bertanding Bebas PRN Sabah kali ini mereka mendaoar respon segera parti.

Bagaimanapun pertembungan paling menarik ialah antara Datuk Raime Unggi Ketua Bahagian UMNO Tenom bagi mewakili BN dan Datuk Rubin Balang mewakili bebas. Terdapat sumber tentu Rubin Balang masih menggunakan persepsi kononnya atas restu pimpinan Bersatu di Tenom.

Jika tidak ditangani ia boleh dilihat cubaan rakan sekutu untuk memecah undi BN/PN itu sendiri.

Kedua-dua pemimpin ini pernah bersama dalam UMNO Bahagian Tenom sebelum Rubin bertindak keluar UMNO menyertai Bersatu Tenom. Datuk Raime Unggi merupakan bekas Ahli Parlimen Tenom selama 3 penggal sebelum digugurkan PRU14 digantikan dengan Rubin Balang.

Rubin Balang tewas di Parlimen Tenom kepada parti DAP Noorita Sual dengan majoriti 1133 undi. Ia kekalahan mengejutkan dan memalukan kepada DAP.

Rakyat Kemabong perlu tolak Rubin Balang

Kekalahan Rubin Balang kepada DAP jelas membuktikan betapa benci rakyat kepada Rubin Balang. Sejak insiden beliau melompat pada tahun 1994 hinggalah beliau dilantik Menteri Kabinet dan Pengerusi segala macam agensi di Sabah seperti  Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB), Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dan banyak lagi.

Apa Rubin lakukan di Dun Kemabong sepanjang dia wakil rakyat malah menjadi Menteri kabinet Sabah? Jika dibanding dia dengan Raimi Unggi sebagai Ahli Parlimen Tenom dan juga Jamawi Jaafar mereka lebih banyak menyumbang jasa kepada rakyat di Kemabong dan Tenom.

Skandal curi balak Projek Agropolitan Kabintaluan Kemabong

Konsultan, jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat dengan projek Agropolitan Kabintaluan Kemabong tahun 2011 dikatakan sehingga sekarang gagal dilaksanakan.

Projek Agropolitan diterajui oleh Koridor Pembangunan Sabah (SDC) bernilai kira-kira RM370 juta membabitkan lima kawasan Kota Belud (RM70 juta), Pitas (RM120 juta), Kemabong (RM40 juta), Beluran (RM60 juta) dan Tongod (RM80 juta)

Ia melibatkan 3000 ekar hingga 6,000 ekar. Pembiayaan kos melibatkan penanaman getah, perumahan peserta, pejabat dan rumah kakitangan agensi pelaksana, kemudahan infrastruktur asas, kemudahan ameniti sosial, kemudahan pendidikan, tempat beribadat, kemudahan kesihatan dan kemudahan riadah atau sukan.

Di Kemabong Projek Agropolitan itu dikatakan mampu menempatkan 600 Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (KIRMT) di kawasan Kemabong yang akan disediakan dengan rumah. Namun apa jadi?

Balak di kawasan geran komunal itu habis disapu oleh Datuk Rubin Balang dan kontraktor kroni tetapi projeknya langsung tidak dibuat. Tujuannya untuk membantu orang miskin tetapi akhirnya tidak menjadi. Yang kaya ialah Rubin Balang seorang.

Rakyat Tenom mesti masih ingat pada tahun 2011 ketika isu tanah NCR berlaku dan orang kampung protes terhadap Rubin Balang. Rubin pula memarahi rakyat kononnya jangan mengugut wakil rakyat.

Ketika Rubin sebagai Pengerusi LPPB berapa banyak projek perumahan dan rumah kedai terbengkalai? Habis dana LPPB diperahnya. Kroni sapu semua. Apa rakyat Kemabong dan Tenom dapat?

Jika Rubin menggunakan nama Bersatu bertanding di Kemabong itu tanda Rubin sangat terdesak. Beliau hanya mahu menjual nama Bersatu kononnya beliau mendapat restu pimpinan pusat Bersatu. Hakikatnya tidak.

Rubin hanya mahu menjual kerusi itu jika dia menang. Oleh itu tolak Rubin Balang dan pilihlah wakil rakyat yang benar-benar bekerja untuk rakyat di Kemabong.

 

11 Comments