Penduduk Terjejas Banjir Di Membakut Meningkat Kepada 246
09:01 Jan 04, 2018  |  By SabahKini2
Penduduk Terjejas Banjir Di Membakut Meningkat Kepada 246

Banjir di Membakut

MEMBAKUT- Jumlah penduduk terjejas banjir di Membakut meningkat kepada 246 orang setakat 8 malam tadi berbanding 120 orang waktu petang

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, penduduk terlibat ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara iaitu Dewan Membakut dan Dewan SM St Patrick.

Jumlah kampung terjejas banjir juga meningkat daripada 14 kepada 21, manakala jumlah jalan yang tidak boleh dilalui kenderaan juga meningkat daripada empat kepada lapan.

Bacaan paras air Sungai Membakut masih pada paras bahaya dan meningkat daripada 7.42 meter kepada 7.46 meter.

Comment