PRN Sabah: Shafie, Kerajaan Warisan Plus Tumbang!
19:09 Sep 26, 2020  |  By SabahKini2
PRN Sabah: Shafie, Kerajaan Warisan Plus Tumbang!

Akhirnya Shafie Apdal dan Warisan Plus tumbang. GRS Gabungan PN, BN, PBS, dan BEBAS.

 

Kredit TRI

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan bekas ketua menteri, Datuk Seri Shafie Afdal tumbang setelah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjaya memperolehi 37 kerusi bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.
 
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 selepas memperoleh majoriti mudah berdasarkan keputusan tidak rasmi sehingga pukul 9 malam.

Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Hamzah Zainuddin dilaporkan berkata gabungan itu sudah memiliki kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan baharu di Sabah.
 
Keputusan itu sekali gus menyaksikan kekalahan Parti Warisan Sabah (Warisan) yang dipimpin bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
40 Comments