Warisan dah terbukti kalah TYT jangan pening lantik saja KM BN atau PN!
10:09 Sep 27, 2020  |  By SabahKini2
Warisan dah terbukti kalah TYT jangan pening lantik saja KM BN atau PN!

Kecoh siapa nak jadi CM. Bung Mokhtar atau Hajiji. TYT tak usah pening. Kemenangan PN BN dah jelas depan mata. Cukup untuk membentuk kerajaan. Apa tunggu lagi

KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Bung Mokhtar Radin berkata, Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin meminta tempoh untuk menentukan calon ketua menteri.

Bagaimanapun, beliau yang juga ketua Umno negeri berkata keputusan dijangka dicapai dalam masa terdekat.

“Beliau (Juhar) minta tempoh, dalam masa secepat mungkin,” katanya ketika ditemui selepas keluar dari perkarangan Istana Negeri hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Hajiji Noor ketika ditemui hanya berkata ringkas “TYT (Tuan Yang Terutama) akan putuskan”.

Setiausaha Agung PBS Jahid Jahim pula berkata, perbincangan berhubung calon ketua menteri berjalan dengan baik.

“Satu perbincangan yang baik,” katanya ringkas ketika keluar dari perkarangan istana.

Terdahulu, 3 pemimpin berkenaan dan Presiden STAR, Jeffrey Kitingan keluar dari perkarangan istana jam 3.20 petang.

Alasan Warisan lengahkan pelantikan Ketua Menteri

Bagi TYT apa nak pening-pening. Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berdaftar sebagai parti rasmi bukan satu isu. Perlembagaan Sabah tidak pernah menghalang pembentukan 'Pemerintahan (Kerajaan) coalition of parties'. 

PH, Warisan Plus menggabungkan  Warisan, UPKO, DAP, Amanah dan PKR pun bukan 'coalition' rasmi yang berdaftar dgn ROS atau SPR.

Jika Shafie dan Warisan muncul sebagai satu-satunya parti yang mencatatkan kemenangan paling besar dengan memperoleh 29 kerusi Dewan Undangan Negeri pun masih tidak mencukupi majoriti mudah 37 kerusi.

Malah kemenangan Warisan merampas wakil rakyat BN pada 12 Mei 2018 pun bukan coalition rasmi. BN 2018 mempunyai 29 kerusi pun tak menggunakan alasan perlembagaan negeri Sabah bagai.

Lagipun Artikel 6 (7) Perlembagaan Sabah telah diinterpretasi sebelum ini oleh mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan dalam kes Tan Sri Musa Aman Vs Tun Juhar bahawa gabungan parti yang memenangi leibh 50% kerusi boleh membentuk kerajaan. Bukannya parti yang mempunyai kerusi yang paling terbanyak dikalangan semua yang bertanding.

Mudah simple! Kalah tetap kalah!

Jadi TYT perlu beri GRS memerintah negeri.

 

38 Comments