COVID-19 Naik Mencanak Punca Shafie Afdal Tapi Menteri Kesihatan difitnah
12:10 Oct 03, 2020  |  By SabahKini2
COVID-19 Naik Mencanak Punca Shafie Afdal Tapi Menteri Kesihatan difitnah

Hadiah dari kerakusan Shafie Apdal Warisan PH kerana sanggup berani mati nampaknya berhasil apabila kes Covid-19 naik mencanak. Dulu dah dinasihat tetapi degil. Malah Mohamaddin Ketapi Warisan kata kes Covid-19 hanya drama. Sekarang?

Hari ini kedegilan Shafie Apdal Presiden Warisan yang membubarkan DUN Sabah pada penghujung julai kini mendapat balasannya. Bukan sahaja Shafie dan Warisan kalah PRN Sabah 26 September lalu tetapi Covid-19 juga mencanak naik.

Sudah diberi nasihat berkali-kali agar jangan dibubar DUN malah Musa Aman turut membawa ke mahkamah berkali-kali. Tetapi menjadi medan tawa Shafie dan pengikutnya. Shafie kata beliau sanggup mati untuk bubar DUN. Malah Covid-19 di Pantai Timur Sabah kononnya adalah drama sebagaimana kes pencerobohan tentera Sulu di Sabah. Pemimpin kanan Warisan Datuk Mohamaddin Ketapi misalnya berkata semua ini drama nanti selepas pengundian 26, 26 dan 28 kes kembali 'kosong'. Hari ini kes jangkitan dari zon merah Sabah tinggi sehingga petugas SPR dan parti juga dijangkiti.

Kata Bekas Menteri Warisan Kes Covid-19 di Sabah hanya drama..

Dan kini bila wabak mencanak Shafie Apdal dan Keluarganya melakukan cubaan melarikan diri daripada Sabah menaiki jet peribadi. Semuanya takut Covid-19 menimpa keluarganya tapi rakyatnya di Semporna sedang menghadapi kes kematian Covid-19 malah ada pesakit dijangkiti melarikan diri. 

Apa Shafie buat? lari elak diri..

Sekarang rasalah. Oleh itu bagi mengalih isu beban Warisan dan PH itu maka berlumba-lumbalah PH membuat tuduhan kepada Kerajaan PN mendadaknya kes Covid-19 sehingga mencecah 287 kes 2 Oktober lalu. Bagaimanapun kes itu masih terkawal kerana daripada jumlah itu 128 kluster tembok dan 35 daripada kluster benteng yang memang sudah dikawal sebelum ini.

Tuduhan kepada Dr Adham Menteri Kesihatan

Semalam pula ditularkan Datuk Seri Dr. Adham Baba Menteri Kesihatan kononnya bermain golf ketika kes Covid-19 memuncak sejak 2 Oktober lalu.

Dr Adham menafikan dakwaan beliau menyertai program bermain golf di Lotus Desaru Beach Resort, Johor.

Beliau menyifatkan dakwaan tersebut sebagai fitnah bertujuan memburukkan imejnya di tengah-tengah wabak Covid-19 berada pada tahap membimbangkan.

Dr Adham menegaskan pada hari sama, beliau mengendalikan beberapa mesyuarat utama di Putrajaya. Jika kita melihat jadual Dr Adham Baba dari 30 Oktober hingga 2 Oktober jelas kesibukan Menteri Kesihatan tu menangani Covid-19 dan isu-isu di kementeriannya.

 


BUKTI JELAS DR ADHAM MENTERI BEKERJA SEAWAL 7.30 PAGI

Dr Adham tidak pandai main golf

Paling melucukan tuduhan main golf itu kerana hakikatnya Dr Adham tidak ‘pandai bermain golf’.

“Apa pula saya main golf? Ini fitnah. Tidak ada langsung penglibatan saya bermain golf kerana saya berada di Putrajaya pada waktu itu untuk mengendalikan taklimat berkenaan Covid-19. Selepas itu saya menghadiri mesyuarat bahagian latihan Kementerian Kesihatan bagi melatih petugas-petugas KKM dan juga latihan kepakaran.

“Pukul tiga petang pula saya mempengerusikan majlis penasihat kesihatan mental kerana pada waktu ini ramai yang terkesan malah pagi tadi pula saya membuat persiapan berkenaan Covid-19,” katanya ketika dilaporkan oleh portal Utusan hari ini.

Isu berkenaan tular dalam media sosial apabila beberapa penyokong PH seperti @adammukhrizmy menerusi ciapannya memaparkan kain pemidang yang menunjukkan program di pusat peranginan berkenaan. Seorang lagi pengguna ialah @Wansenpai yang akhirnya terpaksa membuat permohonan maaf kepada Dr Adham atas kekhilafannya.


Meminta maaf kerana memfitnah

‘Saya akui darah muda yang cepat melenting menyebabkan kata-kata kesan telah terkeluar… saya ucapkan terima kasih kepada Dr Adham Baba kerana tidak memanjangkan isu ini dan bersetuju untuk memadam segala posting”. katanya

Bagaimanapun Dr Adham dijadualkan hadir di tempat sama pada 4 Oktober esok, melibatkan program Komunikasi untuk Perubahan Tingkahlaku atau COMBI.

COMBI diperkenalkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2001 sebagai salah satu strategi menangani masalah Denggi di Malaysia.

Denggi juga adalah satu masalah serius yang perlu ditangani di negara ini selain Covid-19. Data menunjukkan sejak penghujung disember 2019  hingga 2 Oktober 77,308 kes Denggi Malaysia merekodkan Negeri Selangor kes terbesar 38,949 dan Johor kedua tertinggi 9,341 kes.


Denggi di Johor kedua tertinggi. jangan kata Denggi tak penting pula.

 

 

16 Comments