Anifah turun padang lawat mangsa banjir Membakut
16:01 Jan 04, 2018  |  By SabahKini2
Anifah turun padang lawat mangsa banjir Membakut

Dato' Sri Anifah turut melawat Pusat Pemindahan Banjir Di Dewan St Patrick Membakut dan Dewan Serbaguna Membakut di Sabah

 

MEMBAKUT- Jumlah penduduk terjejas banjir di Membakut meningkat kepada 566 mangsa. Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, penduduk terlibat ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara iaitu Dewan Membakut dan Dewan SM St Patrick.

Hari ini Ahli Parlimen Kimanis yang juga Menteri Luar Negeri Dato' Sri Anifah Hj Aman walaupun secara rasminya masih bercuti namun sebagai seorang pemimpin berjiwa rakyat beliau tetap turun padang menziarah dan membantu rakyat di kawasan beliau.

Kesibukan sebagai Menteri Luar tidak pernah menghalangnya untuk terus berbakti di kawasan. 

Dato' Sri Anifah turut melawat Pusat  Pemindahan Banjir Di Dewan St Patrick Membakut dan Dewan Serbaguna Membakut Sabah bertanya khabar dan mendengar sendiri aduan rakyat terutama keperluan mangsa banjir serta memberi bantuan lain yang diperlukan.

 

1 Comment