(VIDEO) Kini ADUN PKR Kota Damansara Selangor pula disahkan positif COVID-19
21:10 Oct 05, 2020  |  By SabahKini2
(VIDEO) Kini ADUN PKR Kota Damansara Selangor pula disahkan positif COVID-19

Menurutnya, beliau dan dua anaknya akan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan manakala isterinya sudah dimasukkan lebih awal selepas disahkan positif pada 30 September lepas.

 
KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Shatiri Mansor merupakan ADUN kedua dari Selangor yang disahkan positif COVID-19 pada Isnin.
Menerusi video yang dimuat naik di Facebook rasmi beliau, Shatiri berkata isteri dan dua anaknya turut disahkan dijangkiti virus berkenaan.
 
Menurutnya, beliau dan dua anaknya akan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan manakala isterinya sudah dimasukkan lebih awal selepas disahkan positif pada 30 September lepas.

Tambahnya, sebaik pulang dari Sabah pada 27 September, beliau dan tujuh lagi kakitangan Pusat Khidmat DUN Kota Damansara diarahkan menjalani kuarantin di rumah.
Begitupun, mereka diarahkan untuk menjalani saringan kedua pada 2 Oktober selepas isteri Shatiri disahkan positif.
 
Sebelum ini ADUN  DAP Kampung Tunku, Lim Yi Wei pada Isnin mengesahkan beliau didapati positif COVID-19.

Yi Wei yang melakukan kuarantin kendiri di rumah selepas kembali dari Sabah pada 27 September lepas, berkata hasil ujian saringan COVID-19 kedua diperoleh hari ini mendapati beliau positif.

"Saya sebelum ini menjalani saringan pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dan dipakaikan gelang merah jambu.
“Pada 30 September, saya menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling Jaya untuk mengetahui keputusan saya," katanya dalam satu kenyataa.
 
Comment