Naib Presiden Warisan ditahan SPRM 24 jam esok bakal direman
14:01 Jan 05, 2018  |  By SabahKini2
Naib Presiden Warisan ditahan SPRM 24 jam esok bakal direman

Tindakan SPRM adalah tepat untuk menyiarkan notis kepada media mengenai pencarian Peter Anthony supaya Naib Presiden itu mengambil serius segala siasatan SPRM bukan melekehkan siasatan sehingga endah tidak endah siasatan.

Naib Presiden Parti Warisan Sabah Peter Anthony tiba di ibu pejabat SPRM Kota Kinabalu lebih awal  bagi menjalani siasatan berhubung pembelian  tanah adat orang kampung bernilai kira-kira RM155 juta di daerah Tongod, Sabah.

Anthony tiba pada pukul 10.25 pagi ditemani peguamnya, Martin Tommy dan Loretto Padua Jr Setiausaha Agung Warisan.

SPRM dalam kenyataan pada Rabu lalu memberikan tempoh 48 jam kepada Anthony dan peguamnya, Michael Persius Ubu untuk tampil menyerah diri.

Sumber melaporkan Peter Anthony menghilang selama 2 bulan dan gagal melaporkan diri ke pejabat SPRM dengan melanggar syarat ikat jamin yang menyatakan dia mesti melaporkan diri kepada SPRM sekali setiap bulan.

Semalam Naib Presiden WARISAN, Junz Wong mengecam SPRM dan mendakwa SPRM cuba mempolitikkan siasatannya kerana sepatutnya menghubungi Anthony terlebih dahulu sebelum mengumumkan perkara itu di media.

Hakikatnya Peter Anthony tidak dapat dihubungi selama dua bulan, telefon dan mesej tidak dijawab malah para pemimpin Warisan sendiri tidak mengetahui ke mana Peter Anthony berada sehingga ada kalangan mereka berkata Peter berada di luar negara sebaliknya Peguam Peter melaporkan dalam media berada di Keningau.

Tindakan SPRM adalah tepat untuk menyiarkan notis kepada media mengenai pencarian Peter Anthony supaya Naib Presiden itu mengambil serius segala siasatan SPRM bukan melekehkan siasatan sehingga endah tidak endah siasatan.

Sebelum ini SPRM turut menahan reman Peter Anthony pada Oktober lalu setelah mendapati beliau merupakan penerima projek daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, yang sebelum ini diterajui Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Begitu juga dengan siasatan penipuan tuntutan palsu Universiti Malaysia Sabah (UMS) RM43 juta melibatkan projek penyelenggaraan elektrik di UMS. Kes ini kembali dibuka SPRM dan menunggu siasatan penuh untuk pendakwaan di mahkamah.

Bagi penyelewengan dana deposit RM 15.5 juta wang RISDA Peter Anthony dan firma guaman Michael P Ubu bersekongkol melakukan pecah amanah sehingga wang tersebut hilang dan tidak dikembalikan kepada RISDA selepas tanah adat di Tongod gagal dibeli oleh RISDA kerana tidak diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan Kerajaan Negeri.

Tan Sri Musa Aman yang juga Ketua Menteri tidak meluluskan penjualan tanah adat milik rakyat Sabah itu dengan menggunakan duit rakyat pekebun kecil kendalian RISDA satu agensi dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Peter Anthony dijangka ditahan 24 jam hari ini oleh SPRM dan bakal direman esok untuk beberapa hari untuk siasatan.

Netizen dalam komen-komen media sosial berharap Peter Anthony direman memandangkan peguamnya dan pemimpin Warisan seperti Junz Wong menyerang kredibiliti SPRM.

 

PETER DI BAWAH KE RUMAHNYA BERGARI.  KREDIT VIDEO UTUSAN MALAYSIA

 

PETER ESOK BAKAL DITAHAN REMAN

 

3 Comments