Amarjit ditamat kontrak COO Jetama Sdn Bhd dibayar pampasan RM132 ribu
15:10 Oct 07, 2020  |  By SabahKini2
Amarjit ditamat kontrak COO Jetama Sdn Bhd dibayar pampasan RM132 ribu

Selepas Pengarah JANS, Amarjit dilantik Penasihat Teknikal MOF Sabah secara kontrak Gred Utama C Gred VU7. Rupanya Amarjit juga COO Syarikat Jetama. Amarjit ditamat dan dibayar pampasan RM132,000 termasuk elaun kenderaan.

KOTA KINABALU: Datuk Amarjit Singh Penasihat Teknikal di Kementerian Kewangan Sabah secara kontrak Gred Utama C Gred VU7 hari ini dilaporkan menerima pampasan RM132,000.00 ekoran penamatannya sebagai Ketua Pengawai Operasi Syarikat Jetama Sdn Bhd anak syarikat Sabah Development Berhad milik kerajaan negeri Sabah.

Penamatan itu merangkumi bayaran pampasan gaji bulan Oktober RM30 ribu, elaun kenderaan RM3000, notis tiga bulan gaji RM90 ribu dan elaun kenderaan 3 bulan RM9000.

Surat penamatan kontrak dan pembayaran pampasan itu ditandatangani Pengerusi Jetama Datuk Yussof Abd Mannan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Naim Uddang bertarikh 6 Oktober 2020

Syarikat Jetama Sdn Bhd merupakan semua syarikat yang mendapat konsesi projek bekalan air di Sabah.

Kontroversi Mahkamah Amarjit 2019

Tahun lalu demi menyelamatkan kedudukan Amarjit dan projek Empangan Papar, Shafie Apdal menamatkan kontrak Pengarah Datuk Amarjit Singh sebagai Pengarah Jabatan Air Sabah ekoran rayuan Kerajaan Negeri mempertahankan rayuannya keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang menyatakan bahawa pelantikan Amarjit sebagai Pengarah adalah tidak sah.

Kerajaan Negeri mengaku pelantikan Amarjit kali kedua dipendekkan pada 10 Oktober 2019 dan secara rasmi melantik Amarjit sebagai ‘Penasihat Teknikal’ di Jabatan Ketua Menteri bermula pada 11 Oktober 2019.

Pada 14 Oktober 2019, Amarjit dipindahkan semula ke Jabatan Air semula sebagai Pengarah, di bawah Kementerian Pembangunan Infrastruktur bawah Datuk Peter Anthony. Pelik tapi benar.

Inilah cara Datuk VK Liew sebelum ini Menteri Undang-undang PH menyelamatkan Amarjit  mentakrifkan “Pihak Berkuasa Air” (State Water Authority)” sebagai bukan  “pegawai”. 

Kisah mahkamah itu tenggelam Amarjit terus berkuasa.

[ARTIKEL BERKAITAN- Demi Empangan Papar RM3B kroni ‘Guan Eng’, Amarjit kini Penasihat Teknikal JUSA C Shafie Apdal! ]

Yang luar biasa pada Amarjit!

Pada tarikh kononnya Amarjit dipendekkan kontrak 10 Oktober 2019, Amarjit menandatangani LOI Projek Empangan Papar bernilai RM3 bilion itu kepada syarikat kroni Lim Guan Eng syarikat Wira Syukur (M) Sdn Bhd dan Pembinaan Maju Cemerlang Sdn Bhd anak syarikat Vizione Holdings Bhd pemegang saham Zenith Contruction Sdn Bhd pembuat terowong Pulau Pinang yang kontroversi disiasat SPRM.

Tentulah ia misteri demi projek Empangan Papar Shafie Apdal dan Peter Anthony menyelamakan Datuk Amarjit Singh. Shafie Apdal sendiri sehingga PRN Sabah mempertahankan projek ini.

Terbongkar! Syarikat Terowong Pulau Pinang dilantik bina Projek Empangan Papar

 

[ARTIKEL BERKAITAN-Terbongkar! Syarikat Terowong Pulau Pinang dilantik bina Projek Empangan Papar ]

 

Dilantik COO Bergaji RM 30,000 sebulan dengan elaun kenderaan RM3000

Rupanya sebelum ini walaupun Armajit mempunyai jawatan Penasihat Teknikal di Kementerian Kewangan Sabah secara kontrak Gred Utama C Gred VU7 beliau juga adalah COO di Syarikat Jetama Sdn Bhd.

Ketika Amarjit menjadi Pengarah Jabatan Air Negeri beberapa insiden melibatkan paip pecah oleh syarikat Jetanama Sdn Bhd. Biasanya berakhir dengan 'kawtim'. Rupanya siapa tahu akhirnya Jetama Sdn Bhd melantik Amarjit sebagai COO bergaji RM30,000 sebulan.


Amarjit dan Jetama bukan asing. punya hubungan sejak sebagai Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah

 

[ARTIKEL LAIN MENGENAI AMARJIT SINGH BACA

Mengapa Shafie lantik Amarjit Singh Pengarah Jabatan Air? Semuanya kerana projek Empangan Papar RM2B!

 

19 Comments