Azis Jamman bengang Pemuda PAS kata Shafie rakus bubar DUN ‘Punca’ Covid-19 mencanak naik
13:10 Oct 08, 2020  |  By SabahKini2
Azis Jamman bengang Pemuda PAS kata Shafie rakus bubar DUN ‘Punca’ Covid-19 mencanak naik

Jika DUN Sabah tidak dibubar julai lalu tidak mungkin Covid-19 merebak meluas di Sabah malah di Semenanjung. Shafielah puncanya. Kenyataan Pemuda PAS Shafie rakus menyebabkan kemarahan kepada pemuda Warisan Azis Jamman.

KOTA KINABALU: Ketua Pemuda Warisan, Azis Jamman menyelar dakwaan Ketua Penerangan Pemuda PAS, Nazir Helmi, yang menuduh Presiden Warisan, Shafie Apdal sebagai punca penularan Covid-19 di Sabah kerana membubarkan DUN bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Katanya, PRN tidak akan diadakan jika bukan kerana tindakan bekas ketua menteri, Musa Aman, yang mahu merampas kuasa daripada kerajaan negeri sebelum ini.

“Pertama sekali, peningkatan Covid-19 di negara ini termasuk di Sabah sepatutnya diselesaikan secara bersama oleh parti pemerintah dan pembangkang demi memastikan keselamatan rakyat keseluruhannya dapat dikembalikan.

“Bagaimanapun, kenyataan Nazir itu melampaui batas dan menunjukkan kedangkalan pemikiran serta sikap bodoh sombongnya kerana tidak melihat dari mana punca sebenar pergolakan politik Sabah.

“Keharmonian politik Sabah sebenarnya digugat oleh sikap tamakkan kuasa oleh Musa Aman dan dengan sokongan daripada Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin, Adun di Sabah ditawarkan pelbagai ganjaran untuk melompat parti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azis mendakwa, pelbagai ugutan turut dibuat terhadap Adun yang enggan menerima tawaran melompat parti termasuk memanipulasi mereka menggunakan agensi penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Ugutan itu menyebabkan ramai Adun melompat menyokong Musa untuk mengambil alih kerajaan menerusi pintu belakang seperti yang berlaku di peringkat persekutuan, Johor, Melaka dan Kedah.

“Bagaimanapun, tindakan itu digagalkan selepas Yang Di-Pertua Negeri bersetuju membubarkan DUN untuk mengembalikan hak kepada rakyat memilih siapa kerajaan yang dimahukan,” katanya.

Terdahulu Nazir dalam kenyataannya berkata, isu penularan Covid-19 di Sabah boleh dielak jika Shafie tidak rakus mencuba nasib untuk kekal sebagai ketua menteri walaupun sudah hilang kepercayaan majoriti Adun.

“Sebaliknya, beliau memilih dengan menyerahkan tampuk pemerintahan kepada gabungan parti yang mempunyai kerusi majoriti melalui PRN.

“Akibatnya, kerajaan, negara dan rakyat menerima kesan cukup besar dengan kadar jangkitan Covid-19 yang meningkat secara mendadak berpunca daripada jangkitan yang dibawa pulang selepas kehangatan tempoh berkempen dan segala urusan di Sabah,” katanya.

Komen-komen netizen juga menyelar Shafie Apdal yang membubarkan DUN sebagai punca kepada bertambahnya kes Covid-19 di Negeri Sabah malah seluruh negara. Shafie sanggup mati dari serahkan kuasa. 


[ARTIKEL BERKAITAN- Adun DAP, wartawan BH Positif Covid-19, bayi meninggal, Shafie masih bebas tanpa kuarantin bahayakan nyawa rakyat]

[ARTIKEL BERKAITAN - COVID-19 Naik Mencanak Punca Shafie Afdal Tapi Menteri Kesihatan difitnah ]

Azis Jamman mungkin lupa insiden 12 Mei 2018 apabila Shafie merampas kuasa kerajaan BN yang sudah terbentuk dengan membeli adun-adun BN ketika itu. UMNO BN ketika itu sebagai parti tunggal memiliki 2 kerusi sebelum UPKO menyertai Warisan. Jadi netizen mengingatkan Warisan jangan berlagak hebat konon mendapat mandat.

Kerajaan Warisan Plus tidak menang melalui mandat pilihanraya mereka merampasnya daripada Musa Aman yang ketika itu sah sebagai Ketua Menteri Sabah.

 

7 Comments