Kerana 'Berani Mati Shafie' Semporna Catat Kes Tertinggi di Sabah malah kematian bayi
07:10 Oct 12, 2020  |  By SabahKini2
Kerana 'Berani Mati Shafie' Semporna Catat Kes Tertinggi di Sabah malah kematian bayi

Akhirnya Shafie menerima hadiah terbesar kesan tindakan pembubaran DUN 'sanggup berani matinya'. yang mati adalah rakyatnya sendiri, Semporna parlimennya catat kes tertinggi 167 kes! secara kumulatif hampir 700 kes

Daerah Semporna bekas Ketua Menteri Warisan yang sanggup 'berani mati' kini mencatatkan kes positif baharu tertinggi  dengan 167 kes.

Berdasarkan statistik Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah, dengan tambahan kes baharu itu, Semporna kini mencatatkan 679 kes aktif.

Sementara Tawau mencatatkan 85 kes baharu, Kota Kinabalu (74), Lahad Datu (59) dan Sandakan (41).

Sehingga kini kes aktif yang dicatatkan di Tawau (386); Kota Kinabalu (496); Lahad Datu (217) dan Sandakan (282).

Manakala, Tuaran mencatatkan 196 kes aktif; Kunak (114); Papar (109); Penampang (74); Putatan (55) dan Kota Belud (46).

Sementara daerah-daerah lain yang mencatatkan kes aktif adalah Ranau (29), Kinabatangan (14), Sipitang (13), Keningau (12), Tambunan (12), Beaufort (11), Pitas (11),Kuala Penyu (7), Kudat (6), Tenom (5), Beluran (4), Telupid (4) dan Kota Marudu (1).

Setakat ini, hanya daerah Nabawan dan Tongod sahaja berada dalam zon hijau kerana tiada sebarang kes aktif dilaporkan.

Di seluruh Sabah sebanyak 488 kes baharu dilaporkan 11 Oktober dengan dua kematian masing-masing di Tawau dan Sandakan. Dengan itu, keseluruhan kes kematian di Sabah sehingga kini adalah sebanyak 35 kes.

Inilah hadiah dari pembubaran DUN Sabah julai lalu. Semporna bukan setakat mencatat kes tertinggi tetapi kematian bayi kerana Covid-19. Kerana takut hilang kuasa akhirnya Shafie dan Warisan tewas dalam PRN Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Adun DAP, wartawan BH Positif Covid-19, bayi meninggal, Shafie masih bebas tanpa kuarantin bahayakan nyawa rakyat ]

 

23 Comments