Dibantah akar umbi Kimanis Yusof Said yang kaya kerana Shafie dipilih calon Warisan
19:01 Jan 05, 2018  |  By SabahKini2
Dibantah akar umbi Kimanis Yusof Said yang kaya kerana Shafie dipilih calon Warisan

Kepimpinan Warisan Kimanis pernah bergelut sebelum ini apabila Wira dan Wirawati di Parlimen Kimanis membantah pelantikan Yusof Said sebagai Ketua Penyelaras Parti Warisan Kimanis. Ini kerana mereka kenal siapa Yusof Sait seorang kaki songlap peruntukan d

Siapa tidak kenal Yusoff Mohd Sait Penyelaras Warisan Kimanis ‘kaki lalang’ yang dulu kecewa tak jadi calon UMNO/BN dan mendapat banyak projek dari Shafie Apdal bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Kenapa Yusof Mohd Sait begitu dipercayai Shafie Apdal? Kenyang dengan projek Shafie Apdal untuk projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dan juga Projek Jalan Luar Bandar (JALB) ketika Shafie Menteri KKLW jadi kesetiaannya tidak berbelah bahagi hingga kini dilantik sebagai Ketua Penyelaras Warisan Parlimen Kimanis. Semuanya hasil rasuah dan komisen projek pemberian Shafie Apdal.

Kenyang dan taat pada Shafie dapatlah jawatan Ketua Penyelaras Warisan Kimanis

Lihat sahaja rumah istananya di Kampung Bt 3 Kg Brunei Membakut. Hidup mewah. Syarikatnya Tadbir Positif Sdn Bhd beralamat No.14 Lot 41, Block E 2ND Floor Asia City P.O Box 21182 Luyang Kota Kinabalu juga diberi projek KKLW. Antara projek yang terkenal ialah Projek Sistem Bekalan Air Mukim Bengkongan, Kota Marudu Sabah dengan nilai RM22,176,223.00. Projek lain ialah Projek Jalan Luar Bandar di beberapa daerah di Sabah.

Kepimpinan Warisan Kimanis pernah bergelut sebelum ini apabila Wira dan Wirawati di Parlimen Kimanis membantah pelantikan Yusof Sait sebagai Ketua Penyelaras Parti Warisan Kimanis. Ini kerana mereka kenal siapa Yusof Sait seorang kaki songlap peruntukan dan hanya kaki 'pau projek'. Yusof hanya menggunakan kedudukannya sebagai pemilik syarikat yang kaya kerana projek Shafie Apdal sahaja.  

Desas-desus mengatakan Shafie akan memilih Yusof sebagai calon pilihannya di Kimanis atau membakut. Ramai beranggapan jika Yusof dipilih calon, ini bermakna BN akan menang secara percuma kerana menang mudah. 

Warisan Kimanis hanya mengejar sokongan politik buktinya kerja-kerja berdamping rakyat seperti menjaga kebajikan mangsa banjir di Membakut wajah mereka tidak pernah kelihatan. Agaknya inilah wajah bakal calon Warisan. Mereka semua kaki projek bila dah ada kedudukan mereka batang hidung pun tak nampak.

Mari kita lihat siapa Yusoff Mohd Sait yang disebut-sebut sebagai calon Warisan di Kimanis dan Membakut.

 

 Syarikat Tadbir Positif Sdn Bhd

Kenderaan miliknya atas hadiah Syarikat Alamsaba Ccntruction Sdn Bhd milik Muktar Salamun

 

 

3 Comments