Anwar di belakang kaunter saham syarikat adik, keluarga raih untung di Bursa Malaysia?
04:10 Oct 14, 2020  |  By SabahKini2
Anwar di belakang kaunter saham syarikat adik, keluarga raih untung di Bursa Malaysia?

Aktiviti-aktiviti di kaunter syarikat Advance Synergy Bhd., Malayan United Industries Bhd, (MUIIND) dan Pan Malaysia Holdings Bhd milik adik perempuannya Farizon Ibrahim melonjak naik. Arahan siapa? kebetulan?

Para penyokong Anwar Ibrahim sejak sidang media pertama Anwar 23 September malah terbaru pertemuan Anwar dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Selasa melonjakkan saham beberapa syarikat sebagai petunjuk positif Anwar sebagai PM.

Bagaimanapun kaunter-kaunter saham yang meraih keuntungan itu dilaporkan oleh portal The Edge mempunyai kaitan dengan keluarga Anwar Ibrahim.

Aktiviti-aktiviti di kaunter syarikat Advance Synergy Bhd., Malayan United Industries Bhd, (MUIIND) dan Pan Malaysia Holdings Bhd milik adik perempuannya Farizon Ibrahim melonjak naik.


Farizon Ibrahim adik Anwar 

Pengerusi Advance Synergy Group Datuk Ahmad Sebi Bakar bekas Pengarang Berita Harian turut dikaitkan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Anwar Ibrahim. Ahmad Sebi menguasai 23.27 peratus dalam syarikat itu. Pengumuman Anwar PM melonjakkan saham syarikat itu. Syarikat meraih untung kerana spekulasi.

Ahmad Sebi Bakar

Anwar nafi ada hubungan dengan syarikat

Terdapat desas-desus Anwar menggunakan syarikat yang ada kaitan dengan keluarga serta proksinya untuk membeli saham-saham tertentu bagi merancakkan pasaran saham.

Spekulasi Anwar bakal PM telah melonjakkan saham-saham syarikat itu.

Bagaimanapun Anwar menafikannya. Beliau berkata tidak mempunyai saham di dalam syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.

“Cakap-cakap yang mengaitkan nama saya dengan syarikat tertentu adalah berita palsu dan berniat menipu para pembeli saham.

“Saya meminta Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti  memantau dan mengambil tindakan sewajarnya agar pasaran saham tidak dimanipulasi oleh individu tertentu untuk mengaut keuntungan dengan menyebarkan berita palsu,” katanya dalam satu kenyataan.

 

10 Comments