COVID-19: 660 Kes Baharu Sabah kekal tertinggi 429 kes
20:10 Oct 14, 2020  |  By SabahKini2
COVID-19: 660 Kes Baharu Sabah kekal tertinggi 429 kes

Sabah masih terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 429 kes (65 peratus). Didapati semakin banyak aktiviti saringan di lapangan yang sedang giat dijalankan di sana dan lebih banyak keputusan ujian sampel telah mendapat keputusan.

PUTRAJAYA:  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 233 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 11,605 kes (66.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 14 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 660 kes baharu telah dilaporkan hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 17,540 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 5,768 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Jika dilihat pecahan utama jumlah kes hari ini, Negeri Sabah masih terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 429 kes (65 peratus). Didapati semakin banyak aktiviti saringan di lapangan yang sedang giat dijalankan di sana dan lebih banyak keputusan ujian sampel telah mendapat keputusan.

Negeri Kedah pula mencatatkan sebanyak 113 kes (17.1 peratus) yang mana 109 kes adalah daripada Kluster Tembok yang melibatkan Penjara Alor Setar, Penjara Pokok Sena dan Penjara Sungai Petani, manakala Pulau Pinang mencatatkan sebanyak 17 kes daripada Kluster Penjara Reman dan Kluster Penjara Seberang Perai. Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam penjara. Negeri-negeri Lembah Klang pula merangkumi 11.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, iaitu Negeri Selangor mencatat 68 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 7 kes dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 1 kes.

Ingin dimaklumkan daripada 660 kes baharu yang dilaporkan, terdapat enam (6) kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan dua (2) warganegara dan empat (4) bukan warganegara iaitu dari:

  • Singapura (3 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
  • Indonesia (2 kes daripada saringan sign on kapal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan
  • Filipina (1 kes daripada saringan sign on kapal di Wilayah Persekutuan Labuan).

Daripada 654 kes penularan di dalam negara, 608 kes adalah warganegara Malaysia dan 46 kes adalah bukan warganegara.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 429 kes
    • 197 kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 78 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • 154 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 68 kes
    • 38 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19 termasuk tiga (3) kes dengan sejarah pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
    • Empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kencana;
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) yang juga mempunyai sejarah pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 113 kes 
    • 112 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 17 kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Tujuh (7) kes
    • Lima (5) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Tujuh (7) kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kencana;
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Johor: Tiga (3) kes
    • Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Sarawak: Tiga (3) kessaringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
  • Perak: Tiga (3) kes 
    • Dua (2) kes saringan individu bergejala; dan
    • Satu (1) kes daripada Kluster Simera.
  • Melaka: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes daripada Kluster Utama; dan
    • Satu (1) kes saringan individu bergejala.
  • Negeri SembilanSatu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 108 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 35 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan empat (4) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 167 kes (1.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

2 Comments