Azhar bekas SUPOL Mat Sabu berdepan 5 pertuduhan rasuah RM6.35 juta
07:10 Oct 15, 2020  |  By SabahKini2
Azhar bekas SUPOL Mat Sabu berdepan 5 pertuduhan rasuah RM6.35 juta

Baru dua tahun PH dah sapu! Ogos 2018 kecoh bayaran RM800k muflis, Julai 2020 ditahan reman SPRM rasuah projek RM56 juta dan kini 5 pertuduhan libatkan RM6.35 juta.

KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha politik Presiden Amanah, Mohamad Sabu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 5 pertuduhan rasuah melibatkan projek Kementerian Pertahanan bernilai RM6.35 juta.

Mohd Azhar Che Mat Dali didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana meminta RM5 juta dan menerima rasuah RM1.35 juta daripada pengarah syarikat, FEHM Entity Sdn Bhd, Elias Jemadi Tajudin untuk membantunya menjadi rakan kongsi strategik dan kontraktor bagi projek penyelenggaraan peranti perisik kementerian terbabit.

Dia dituduh atas jawatannya sebelum ini sebagai setiausaha politik Mohamad, lebih dikenali sebagai Mat Sabu, yang merupakan menteri pertahanan pada ketika itu.

Azhar didakwa menerima wang terbabit daripada 2 individu, iaitu Ahmad Hisham Mohd Tajuddin and Zainuddin Abdul Majid.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di pelbagai lokasi di pusat bandar dan Putrajaya antara 22 Julai 2019 dan Februari tahun ini.

Jika sabit kesalahan, Azhar berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda nilai suapan.

Hakim Azura Alwi membenarkan wang jaminan RM300,000 kepada Azhar dan menetapkan 26 November sebagai tarikh sebutan seterusnya.

Mahkamah juga membenarkannya menjelaskan separuh daripada jumlah jaminan hari ini dan baki jumlahnya pada Khamis depan selepas peguam Azhar, Ariff Azami Hussein membuat permohonan.

Terdahulu, timbalan pendakwa raya Mahadi Abdul Jumaat memberitahu mahkamah mereka memohon jaminan RM500,000 ke atas Azhar dengan alasan kesalahan itu adalah serius.

“Kami juga memohon supaya mahkamah mengenakan syarat tambahan jaminan, seperti tertuduh melapor kepada ibu pejabat SPRM pada minggu pertama setiap bulan, menyerahkan pasportnya dan tidak mengganggu saksi pendakwaan,” katanya.

Katanya, Azhar akan berdepan lebih banyak pertuduhan minggu depan di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Ariff, dalam permohonan meminta jaminan dikurangkan, berkata, jumlah yang diminta oleh pihak pendakwaan adalah melampau dan tidak ada kemungkinan Azhar melarikan diri ketika sempadan negara ditutup.

“Saya harap mahkamah boleh mempertimbangkan fakta bahawa tertuduh tidak bekerja sejak Februari dan dia perlu menyara isteri, 7 anak dan ibu mertuanya.

“Jumlah jaminan tidak akan menjadi denda terhadap Azhar,” katanya.

Tambahnya, dakwaan mengatakan Azhar mengganggu saksi pendakwaan tidak wujud kerana tertuduh telah keluar dari Kementerian Pertahanan.

Julai lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman  Mohd Azhar Che Mat Dali bekas Setiausaha Politik Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dalam siasatan membabitkan projek selenggaraan sistem keselamatan negara bernilai lebih RM56 juta.

Majistret Shah Wira Abdul Halim, mengeluarkan perintah reman selama 6 hari terhadap Azhar sehingga 13 Julai

[ARTIKEL BERKAITAN- Azhar Bekas SUPOL Mat Sabu direman SPRM projek RM56 juta, lebih RM70 ribu dirampas ]

Azhar Bekas SUPOL Mat Sabu direman SPRM projek RM56 juta, lebih RM70 ribu dirampas

Kontroversi bebas muflis

Sebelum ini pada ogos 2018 kecoh Mohd Azhar bin Che Mat Dali Setiausaha Politik untuk mengeluarkannya daripada status muflis. SPRM juga menyiasat kes itu namun tertangguh hingga kini.

[ ARTIKEL BERKAITAN : Setiausaha Politik Mat Sabu disiasat SPRM terima RM800k dari 12 kontraktor]

[ ARTIKEL BERKAITAN : Azhar ambil rasuah RM800 ribu angkat sumpah Setiausaha Politik Mat Sabu ]

9 Comments